Thursday, May 5, 2011

Rude Driver

Hi, salam ;)

Semangat berblogging sudah hilang, buat sementara rasanya. Sebab saya dalam keadaan yang tak berapa nak bersemangat. Hehe. Buat semua benda tak bersemangat, kecuali yang melibatkan soal kahwin :P Gila kau kalau yang itu tak semangat. Hehehe.

Nak cerita satu kejadian ni, baru je jadi petang tadi. Depan mata saya.

Pergi Jusco Maluri tadi, mengidamkan Tako Tao nyums nyums tu. Lepas tu masa tengah cari parking, ada lah kereta depan saya ni tengah reverse untuk masuk petak parking. Sekali bamm dia tergesel kereta belah kanan petak parking tu. Saya tengok kereta dia dah calar. Lepas tu dia ke depan lagi, dan reverse semula. Lagi sekali, kereta di petak kanan menjadi mangsa.

Minah tu memang gila agaknya bila dah kena kali kedua, dia tetap nak cuba kali ketiga. Kali ni bumper depan dia hentam Exora yang parking dekat tepi tu. Erm, paham tak ada kereta parking kat belah-belah tepi parking tu kan. Ada petak parking rasanya, cuma ruang tu agak terhad lah kalau anda nak buat reverse parking. Sebab depan belakang ada kereta. Tapi itu bukanlah alasan nak hentam kereta orang kan.

Saya perhatikan bumper depan dia dah renggang, maknanya dia hentam kuat jugaklah kan. Saya tengok je dia. Dia buat muka selamba, ke depan dan reverse lagi. Kena lagi Exora tu kali kedua. Muka masih selamba, dan masih nak mencuba masuk parking. Gila kah minah ni?

Saya rasa bengang sikit sebab cuba bayangkan kalau kereta kita kena macam tu. Parking elok-elok alih-alih orang nak masuk parking hentam kereta kau kan. So bila dia ke depan, saya pun ke depan jugak.. Cucuk kereta dia supaya jalan terus, tak payah nak cuba-cuba masuk parking lagi. Itupun saya tau sebenarnya dia nak cuba masuk lagi, sebab lampu reverse dia menyala. Haih. Gilakah orang begini, takde perasaan ke apa?

Kereta si pesalah yang buat muka tak bersalah.

<--- Nang if you LIKE

9 comments:

nyna said...

saikonye driver tu mcm scary je yong

Erina Asmawani said...

Eeeeee..ni bukan gila dah ni..ni saikoooo tahap maharaja..boleh masuk kategori semua B ni..hishhh!

~daRLee ZuRiS~ said...

habis tu?kete2 yg dia langgar tu camne?
dia buat derk je ke?
ish ishhh..

nanonano said...

hahaha lawak je
seb bek pempuan
klu laki aku lari dlu
org jeni sgni
klu panas xdpt parking
bukan stakat kete sbelah2 dia hntam
dgn kete2 kite yg ade kt ctu pun dia belasah..hahahha lariiii

Liquid said...

warghh gile btol ade driver psyco cmtuh....

atty's said...

mesti memang tak betul minah ni..selamber je..

Zumie said...

memang dasar bodoh..pastu buat tak bersalah..dasar sengal babun .,...menyampah btl

ceera said...

gilo
ptt ko amik no keta dia, lepas tu bgi msg kat exora tu, kata keta ni hentam keta ko sebanyak dua kali.

itu kalau rajin lah, hahaha....

pRincESs_N said...

Psycho dowh...ko x hon plaks...geramnyerr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...