Salam.
Ini cerita minggu lepas :D Dah nak masuk minggu baru, yang cerita minggu lepas pun masih hegeh-hegeh nak update kan. Sekarang bukan hanya sedara mara baca blog, rakan sekerja pun terbaca???? Entah dari manalah jumpa sebab aku nak elakkan add rakan sekerja di mana-mana laman sosial. Colleague is colleague, friend is friend. Kan?
Okay, takpelah yang itu. Aku buat muka tak tau sajalah kat office tu nanti. Hehe.
Hari tu bawa adik-adik pergi Seoul Garden. Dah lama sangat berjanji nak bawak pergi sana. Akhirnya tertunai jugak :')

Sini best, sangat best. Favourite place kalau nak celebrate apa-apa ataupun kalau rasa nak makan best :P Daging marinate dia memang terbaikkk. Sila lah pergi ye kalau nak rasa jugak makanan-makanan di atas tu.
Search je Seoul Garden, jumpalah korang nanti ;)