Sunday, April 24, 2011

Oh, Indahnya Pagi Ahad

Helo, morning sweethearts !

Pagi Ahad ni ingatnya nak lah tidur lama sikit, tapi pukul 8 pagi dah celik mata :P

Breakfast roti canai kosong. Beli dua keping, makan sekeping pun dah kenyang. Tu lah dia orang tamak :P Eh, tapi tak tipu selalu aku makan dengan Iim, dua keping licin ohhh~

Okay, selit sikit tips diet. Ahaks. Macamlah ahkak kurus sangat siap nak bagi tips diet weh. Ok, ok serius. Pada pendapat aku, untuk orang nak diet.. Boleh lah mulakan dengan diet Atkins dalam 2-3 minggu. Lepas tu control makan aje lah. Sebab kan, aku sekarang makan sikit je dah kenyang. Agaknya masa minggu diet tu perut dah terbiasa makan sikit, cepat je kenyangnya. So, bolehlah korang cuba jugak ;)

Lagi satu, kalau nak cepat turunkan berat.. Elakkan gula. Nescafe, milo dan segala air manis tu lah, elakkan. Kuih, ais kacang semua tu jugak elakkan.

Tapi, aku ni elok lepas pekena roti canai.. Kita minum nescafe panas satuk ! Ahaks. Sedap weh, lama tak minum :P

Hari ni mood ada baik, nak update checklist kahwin :)

Selamat hari Ahad !

<--- Nang if you LIKE

1 comment:

Redbloodsnow said...

lama aku tak breakfast canai. rindu ler plak dgn roti canai kat area opis kiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...