Saturday, April 23, 2011

Checklist

Wah, tup tup lagi 4 bulan je majlis :D

Tapi aku steady je lagi. Belum bertukar jadi bridezilla lagik. Kih kih. Sampai aku pun naik risau, biar betul aku ni rileks je. Apa aku dah takde menda nak setelkan, nak follow up ke? Ko biar betul Izza oi !

Aku ada buat checklist, tapi semua dalam Excel. Bape minggu dah tak update. Miahahaha. Ada beli buku konon-konon nak buat wedding planner lah tu. Tapi hampeh tak guna pun, update dalam laptop lagi senang kan. Itu aku lah, hehe.

Belah perempuan

1. Kursus perkahwinan - checked

2. Kad jemputan - bulan ni baru nak pergi tempah. Booking sude. Design tak pilih lagi.

3. Cincin kahwin - hehe. Iim punya belum beli lagi. Sabar ye sayang :)

4. Tempat penginapan untuk majlis di KL - checked

5. Barang hantaran - almost done

6. Photographer - checked

7. Kanopi, kerusi meja, hiasan - checked

8. Katering - checked. Nanti gotong royong :)

9. Hiburan (kompang, marhaban, silat etc) - NOT YET!

10. PA sistem - ayah kata akan uruskan. Nanti check dengan ayah :D

11. Honeymoon - ehemm, CHECKED!

12. Pelamin - minggu depan nak ukur tapak pelamin dan nak tengok designnya.

13. Baju sanding - dah amik measurement, mungkin bulan 7 atau 8 baru fitting.

14. Baju nikah - dah tempah, nanti nak follow up dengan Kak Sal lagi. Last time aku call, enggak potong lagi kain guwe !

15. Bekas hantaran - checked. tapi ada lagi nak kena beli ni.

16. Fresh flowers - erm, minggu depan balik kampung nak booking.

17. Doorgifts - mak ayah akan uruskan. Hehe.

18. Bunga pahar - mak ayah uruskan :P

19. Baju pengiring - checked. Tapi kena curik. Haha. Ikut budget nak beli balik ke tidak.

20. Henna - baru nak survey nak siapa buat nanti.

21. Baju family - almost done.

22. Spa, massage, facial, manicure, pedicure

23. Guestbook

24. Lagu-lagu best masa majlis

25. ..
26. ..

Err, apa lagi ye? Itu je yang terlintas dalam kepala sekarang ni. Nanti balik karang aku check balik lah aku punya list. Ada tak yang korang rasa tertinggal ? Tolong, tolong tambahkan. Biasalah, kadang-kadang saya ni pelupa :D

Dalam nak buat persiapan ni semua, aku memang banyak bincang dengan girlfriend yang sorang ni. Tak kisahlah, idea ke.. tema ke, konsep ke even fantasi perkahwinan ke. Hahaha. Thanx babe for always be there for me. Tskk *kesat air mata terharu

P.s Ini baru checklist aku yang pertama. Banyak kekurangan sana sini. Insya Allah akan diperkemas lagi nanti okeh, terima kasih atas pandangan anda semua !

<--- Nang if you LIKE

4 comments:

~daRLee ZuRiS~ said...

budak!
tambah lah list..spa+massage
penting tu ;)

Faizaharis2 said...

wahhh kejap je masa berlalu kan...

Erina Asmawani said...

lagu2 yunk..lagu2 best tuk wedding nanti ;)

Redbloodsnow said...

aku klo try to check on check list wedding aku kan yang. sure pening kepala weh. so far pelamin, mak andam je dh settle. the rest still in pending

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...