Friday, April 8, 2011

Meh sini nak story lah ni!

OKAY!!

Nak cerita lah ni. Hehe. Ceh, bunyi macam orang tak bersedih je kan. Bukan sedih pun, tapi marah.

Ni cerita dia,

Malam tadi aku dengan en tunang pergi Tesco Extra Cheras, Taman Midah lepas Maghrib sebab nak jumpa official photographer untuk wedding kami nanti. Discuss kat cafe kat sana kan.

Kami park kereta dalam kawasan Tesco, parking bawah bumbung. Tepi pintu masuk je. Lepas tu dah jalan nak masuk Tesco, hati tergerak nak patah balik tengok kereta kunci ke tak. OK! Kunci. Ternampak bag pack en tunang kat back seat tapi entah kenapa tak membebel suruh bawak pulak. Selalunya aku lah manusia paling bising kalau tinggalkan barang even beg kosong dalam kereta. Ternampak beg tu sekali pandang, terus jalan masuk Tesco.

Lepas tu, pergi dinner. Pergi jumpa photographer. Adalah dalam 2 jam lebih dalam Tesco.

Pukul 10.30, kami pun gerak balik. Masa pergi kat kereta tu, pelik tengok pintu tak kunci. Tunang tanya, eh pintu tak kunci ke tadi? Pastu aku cakapla, kunci. Kan dah double checked tadi. Dia cuba masukkan kunci nak bukak pintu tak boleh, pintu stucked. Manual punya ni, takde alarm. Tu yang kena cucuk kunci.

Pastu okaylah, dia cakap. Kita lupa nak kunci kot tadi. Walaupun aku nak sambung bebel, tapi senyap je lah. Taknak panjangkan cerita.

Lepas tu, en tunang kata, Amiklah kain sayang dalam beg kat belakang tu. Pusing-pusing belakang, aku terus cakap.. Eh, where's your bag sayang!!!


Ha, panik terus! Terus bukak dashboard checked. Smart tag hilang. Sah kereta kena pecah. Bukanlah pecah secara literasinya. Tapi kena umpil. Bodoh punya penyangak!!

Dan benda-benda yang dia ambik tu bukan berguna kat dia pun. Tapi aku paling bengang dan marah sebab dia curik kain bridemaids akuuuuuuuuuuuuuuu!!!!! Huwaawawaaaa, damn you penyangak bodoh!! Ingat senang ke aku nak pilih, nak deal masa beli kain hari tu. Bersusah payah aku pilih tau tak! Pastu kau pergi rembat nak buat apa dol? Kau nak buat baju kurung 6 pasang dengan kain yang sama pastu nak jual? Bongoksss!!

Benda-benda lain yang hilang, smart tag, hard disk, resit-resit deposit hal kawen, borang-borang nak kawen, ASB book. Ha, ni duit hantaran ni weh. Nasiblah ASB book tu orang tak boleh keluarkan duit suka-suka hati kan.

Syukurlah takde benda berharga sangat yang hilang. Nasib baik kami berdua tak bawak laptop masa tu. Kalau tak, lagi nangis lah. Nilah nama dia benda nak jadi, sebab masa en tunang nak datang rumah saya tu, dah keluar rumah pastu kain tu tertinggal. Dia patah balik amik kain tu. Takpelah, sorry ye dayang-dayangku, I'll buy another kain untuk korang. Later :)

Srious ralat pasal kain tu je. Sebab suka sangat dan dah pilih yang terbaik untuk bridemaids :( Takpelah, bukan rezeki lah tu kan. Hehe, ayat pujuk diri sendiri.

So, peringatan kepada semua. Jangan tinggalkan barang dalam kereta even cuma beg kosong yang takde apa yang kita rasa, takkan la orang nak amik kan. Eh, jangan pikir camtu. Penyangak ni mana ada akal. Dan takde duit. Agaknya kebulur sangat nak makan la kot tu sampai kemaruk nak amik benda-benda yang tah pape kan.

So, be extra careful okay uols! Nak-nak lagi kat Tesco Extra tu.

<--- Nang if you LIKE

10 comments:

pRincESs_N said...

Ok..naseb x de yg bharga..tp kain tu bharga gak..huhu

chik star said...

ceh !
kuang hasam betul la pencuri tu.
mesti die jual punye la kain kain tu.

adoi xpepasal kene kuar lg duit beli kain lain ork.

dugaan iza.
sabar sabsr.
"(

saya_arief said...

kite doakan bia penyangak tu terima pengajarannya.amin.

atty's said...

itulah ..betui izza ckp ..walupun beg kosong tetap takleh tinggalkan .

kty dulu penah gak kena , masa tu tinggalkan bag baby , masa tu fir kecik g kenduri kawin..

abis satu beg baby dia amik.baju2 fir semua.

~daRLee ZuRiS~ said...

aci tak cakap...semoga penyangak tu kena rompak lagi teruk lak pasni.hoh!
aku pun hampir kena gak.kat tesco gak lah.ada tapak tgn org intai tengok kete kat cermin.nasib baik bwk handbeg turun haritu.slalu aku tinggalkan je dlm kete.kalu tak,mmg kena pecah lah.

sabar ek yang.

neyra shazeyra said...

same situation as me but my location is McD Bangsar. just beside the Mcd *sigh*

nanonano said...

adehla..
sygnye,
ermmm tu la
penyangak ni bukan kire kain ke hape
dah keje dia merembat brg
soal nilai ke penting ke tolak tepi
yg penting usung semua dlu bwk lari
kt umah bru kire2
huhuhu mcm kes umah aku kene pecah hr tu
keronsang bodo2 pun nk rembat
klu emas xpe la..haha
bodo punye org :p

Redbloodsnow said...

eeee...cian kau yang. mmg sakit hati wooo klo kena gnie. mmg BODOH punya penyagak. boleh dia ambik kain utk bridemaid ko gak. mmg bodo arr

buat org susah je. DASAR!

sarah mohamad said...

nasib baik tak de yg berharga hilang. bodo betul punya penyagak!!

PutRee SeJiNjaNg said...

sian nye ngan izza...nasib baik takde brg berharga yg hilang...yang tila rasa cam pelik sangat, kain tu pun dia curi jugak...hmmm mmg betul2 penyangak lah dia tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...