Thursday, April 21, 2011

Kawan Lama

Hi.

Malam tadi, saya berjumpa seorang kawan lama. Kawan lama yang baik dan kemudiannya bergaduh. Dan akhirnya setelah beberapa tahun tak jumpa, saya dapat panggilan dari beliau ajak berjumpa malam semalam.

And, surprisingly I said yes.

Saya pernah memberitahu diri sendiri, selepas peristiwa dulu jangan ada hubungan langsung dengan beliau. Mungkinkah saya dah jadi seorang yang pelupa sekarang ? T__T

Tapi tak apa, benda yang lepas biarlah lepas. Tak payahlah nak diungkit-ungkit lagi kan :)

Dan benda ni membuatkan aku terfikir. Aku dah mula berfikir secara matang ke? Haha. Memang tak lah kot, perangai masih macam budak-budak. Kuat merajuk, panas baran, cepat naik angin. Itu semua yang buruk-buruk itu akulah. Sebab tu en tunang kata perangai buruk aku ni, dia sorang saja boleh tahan :)

Aku bukan jenis yang suka cari pasal dengan orang. Aku jenis suka menyendiri, buat hal sendiri je. Dan tak suka berkawan. Booooooo, kera sumbang !

Memang pun. I don't mind being alone. As long as I have all my sweethearts with me

Tapi pantangnya kalau orang yang cari pasal dengan aku. Hoih, memang selagi kau tak mintak maaf dengan aku, sampai tu lah aku tak maafkan. Ha, sapa ada buat salah dengan aku tu. Meh sini salam cepat !

:P

Minta maaf ye kalau ada terbuat salah kat korang. Kalau betul saya yang salah, for sure saya akan mintak maaf. Tapi kalau dah terang-terang engkau yang salah, memang tak adalah saya nak mintak maaf nak berdamai melainkan kau seorang yang sangat istimewa dalam hidup saya ni.

OK. Hari ni saya isytiharkan sebagai hari berbaik-baik :)

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...