Friday, April 22, 2011

Hujan

Wops ! Lupa nak update blog hari ni. Macam busy. Tapi macam kesian kat blog sebab tak update dia hari ni. Hehe. Padahal tak perlu kesian pun :P

Tadi pergi TTDI, hujan lebat gilaak. Dari bank nak ke parking, sempat basah lencun aku. Dah lah parking di hujung doniaa, jauhh. Betul-betul sebelah pokok pulak tu. Makin risau dibuatnya. Laju-laju masuk kereta, start enjin je terus jalannnnn.

Risau hujan lebat-lebat sangat ni. Lengkap pakej dengan guruh dan kilat. Risau sangat.

Dekat area ofis aku ni, ada satu warehouse baru bukak. Jualan gudang Rorine. Memang pesta lah situ, tengok orang pun ramai. Aku tiap kali balik lalu situ, tapi lalu je lah. Dah penat balik kerja, tak kuasa nak singgah.

Dua hari lepas, hujan lebat sangat. Siap banjir dalam ofis ni sebab bocor. Ahaha :P Dengan guruh dan kilatnya. Campur angin kuat sekali. Sama macam tadi lah.

Dan, pada hari tu.. Masa aku lalu kat kawasan warehouse tu.. Mengucap panjang aku..

Astaghfirullah.. Seram sejuk aku rasa. Tertanya-tanya ada je yang cedera ke apa. Yelah, tempat jualan tu besar kan. Masa runtuh ni, ada orang tak dalam tu. Tapi aku takdelah sampai tahap nak berhenti kepochi sekali. Hehe.

Kerugian dianggarkan 1 mil.

Dahsyat kan?

Jadi kalau hari hujan, carilah tempat berlindung ok. Jangan pergi tempat-tempat terbuka, dekat pokok ke, kawasan yang tak kuat macam ni ke. Ok, be safe !

P.s Pictures courtesy to Steve

<--- Nang if you LIKE

4 comments:

Roxy said...

ishhhh yunk..seram kannn..

~daRLee ZuRiS~ said...

tu dia...
hujan sekarang memang bahaya
sekali ngan angin ribut semua
jadi duduk dalam umah diam2 aje
;)

SuhAnA rAmlY said...

mentakutkan. -,-'


rajin2 laa bace new entry blog sye. huhu
perempuan memang tak guna

pRincESs_N said...

Siyes..ujan skg pakej guruh kilat mnyabung..takuttt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...