Tuesday, March 15, 2011

Ringkasan cerita II


Ahad tu pagi-pagi dalam pukul 11, make up artist masa aku tunang dulu sampai kat rumah. Baik taw Joey ni, nak bawakkan aku dengan Iim pergi Taiping tengok butik kawan dia. Memang tolong je, padahal aku takde confirmkan lagi nak amik Joey lagi untuk majlis aku nanti. Hehe, kembanglah tu Joey kalau baca ni karang :p

Seronok jumpa kawan Joey ni. Harga berbaloi. Pakej okay. So, terus confirmkan je :) Warna pun dah pilih. Mesti korang terkejut kalau tahu warna apa. Hehe. Sebab warna ni aku tak pernah terfikir dulu.. Alih-alih warna ni jugak yang aku amik.

Ada hikmahnya masa pergi shopping kain tu, kain yang aku berkenan tu tak cukup. Sebab macam lari je warna tu kalau pilih. Nasib baik tak cukuppp, kalau tak.. Kan dah kena pakai jugak sebab dah beli :p

So far, baju dah pilih nak macam mana. Pelamin tunggu Edi design. Takdelah kebabom meletup sangat, janganlah menjangkakan yang luar biasa pulak wedding aku nanti :) Semuanya biasa-biasa je. Yang penting, aku tak suka cakap-cakap belakang dok komplen pilihan aku. Ada beza komen membina dengan komplen ok. Lainlah kalau aku mintak pendapat korang. Hehe.

Isu bridemaids.. Hmm. Aku masih confuse. Dan rasa nak cancelkan aje lah buat bridemaids tu. Pakai je lah apa yang korang nak kan. Masih berfikir dan berfikir lah ni.

Bila dah nak kahwin ni, barulah taw susahnya untuk buat persiapan. Nak kena fikir itu, fikir ini. Lepas ni nak penuhi kehendak semua orang. Tapi ingat senang nak penuhi? So tak payah! Haha, yang penting jaga hati keluarga dan kawan baik. Yang lain aku tak amik peduli sangat. Bukan tak kisah, tapi kalau nak amik kira semua, matiklah saya.

Lagi satu, aku selalu ingatkan diri. Ini majlis perkahwinan. Untuk berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Bukan majlis nak menunjuk-nunjuk siapa lagi best ke apa. Bukan nak berlawan dengan orang. Buat biar dalam kemampuan, asalkan semua orang gembia. Jadi harapnya kawan-kawan nanti juga memahami. Takdelah yang nak compare sana sini. Ee, harap jangan ada kawan macam ni. Kalau ada, memang aku tanam dia hidup-hidup! Hahahaha.

Majlis saya (eh, tibe2 divert jadi ayu :p) tak lama sangat lagi, tak jugak dekat sangat. Lebih kurang lagi 6 bulan. 5 bulan 3 minggu lebih tepatnya :)

<--- Nang if you LIKE

5 comments:

Ietams said...

ye izza,
takyah terlalu byk memikir bende yg tak brp patut fikir.
utamakan kepuasan & keselesaan diri sendiri.

chik star said...

setujuuuuuuuuu.
wah kelass noks.
:D

nyna said...

adekah aku yang mengkomplen tu.haha
alah awak yg kawen lntak la awk nk buat kaler ape.
huhu

sweethOneY said...

kak zue - aah kak.. x mikir sangat. tapi malas nk dgr orang2 lain ckp. rasa nk selotape je mulut diorang. heheh

kak as - ahha. apa yg kelasnya kakk

nyna - hahahahahah.sengal lah awk ni! hengat awk sorang je ke yg suka komplen. hahaha

PutRee SeJiNjaNg said...

yunk selagi belom selesai majlis, selagi tu kita pening ngan persiapan..dun wory k..aku doakan semuanya ok nanti..muaahhh..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...