Thursday, March 3, 2011

Mengadu episod 2

Fuhhhhhhhhhhhhhhhh!! Lepas lelah kat blog kejap.

Mintak nyawa hoiiii. Semput aku. Apsal busy satu macam ni. Erghh. Tu dia, kuar dah suara jantan. Hahaha.

Seminggu ni busy gila. Maaflah siapa yang menunggu saya di YM or FB. Hahaha. Masalahnya ada ke yang tunggu oiiiiii!! :p

Esok ada company trip to Korea. Bestnya mereka. Tsk.. tsk. Saya pekerja baru tak dapatlah peluang kali ni. Haha, ada hati tu.. Yelah, company nak sponsor jalan-jalan sapa taknak kan :p Takpe, mungkin kemudian nanti giliran saya pula.

Oh ye, sebabkan bos nak fly pergi Korea esoklah aku ni dah semput gila ni. Nak kentut pun tak sempat!!

Dahlah busy nak siapkan akaun tahun lepas, kena cover jugak dengan akaun tahun ni punya. Lepas tu busy pergi bank, pergi bayar bil pergi itu pergi ini sempat jugak window shopping masa pergi pejabat pos kat Jusco. Miahahahhaa :p Sapa suruh pejabat pos tu dalam Jusco kannn pastu orangnya ramai gila kannn. Haruslah jalan-jalan cuci mata dulu. Itupun dah nak tershopping semalam tapi insaf kejap. Kamu tu nak kawen, kumpul duit. Huwaa.

Okay, kalau terus membebel kat sini makanya kerja aku jawabnya lambat lagi siap. Dengan itu, Tata!!

p/s aku ni memang kuat membebel ye? tak caya tanya Iim. Haha. Eh, kalau yang percaya terus tu memang lah dia. Tak jaga hati taw!

;p

OKAY HARI NI MARI KITA BUAT SESI MENGADU. MEH MEH SIAPA NAK MENGADU MEH SINI :D


2 comments:

atty's said...

beshnya diaorg dpt g trip ke korea..tkpe tahun depan iza leh pergi lak insyallah

pRincESs_N said...

byk tol keje ko..ko wat account..ko gak kne setelkn cheque ke beb...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...