Thursday, March 3, 2011

Mengadu

Salam, morning semua! :)

Pagi ni hujan renyai-renyai, sayang rasanya nak tolak comforter ke tepi. tsk. tapi kenalah bangun jugak. Hari-hari bangun seawal 6 pagi. Pukul 7 pagi tu dah kena gerak dah.

Tu lah dianya bila rumah jauh dengan office. Banyak benda kena ambil kira. Eh, nak kata jauh sangat tu tidaklah, kalau waktu biasa.. 20 minit je perjalanan. Tapi kalau hari kerja ni, 20 minit menjadi 1 jam. Kalau macam ada penutupan jalan ke apa ke, maka dari 1 jam jadi 2 jam! Meroyan aku sorang-sorang dalam kereta taw.

Pagi tadi nasib baik sempat sampai office sebelum sajangnim sampai. Hehe. Sebenarnya aku dah mengjangkakan kelewatan sebab hari ni ada raptai penuh Hari Angkatan Tentera kat Dataran Merdeka nun. Campur dengan hujan pulak lagi. Tapi nasib baik lewat 10 minit je :D

Tension kan bila jalan dah la memang sesak kan. Tiba-tiba ada pulak hari yang kesesakan berganda. Kaki dah la sakit asyik nak main clutch dengan gear. Lama-lama karang kaki kiri aku jadi besar sebelah sebab dia banyak buat kerja. Hahaha.

Tak cukup dengan jammed di waktu pagi. Di waktu petang balik kerja pun harus jammed melampau jugak. Aku pernah cuba balik Cheras ikut Jalan Ipoh, 2 jam lebih sangkut! Jadi alternatifnya sekarang pergi ikut Jalan Ipoh, balik ikut Highway Duke. RM2 pun RM2 lah wehh, asal aku sampai rumah cepat. Cepat tak cepatlah, sejam jugak di situ T_T

Err, apa motif aku sebenarnya ni. Hehe. Dasar kuat membebel :p Aku nak mengadu je sebenarnya ni. Time kaseh sudi baca :p


4 comments:

-eLyNhere- said...

isk, sebut pasal jem memang bole meleret2 taw.. mmg la bende 30 menet boleh mebwk ke 2 jam n more kalau ade penutupan jalan.. tak suke!

eh btw, iza keje mane? :P

pRincESs_N said...

klo jem2 ni aku sll ckp kt feze..."br laa key ell..." hahahaha...

nanonano said...

owhh bebel ke? lalalallalaa :p

Zumie said...

same-same kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...