Tuesday, March 1, 2011

Love, love & love

Balik dari butik pengantin, pusing-pusing cari dewan kejap. Tapi sampai sudah tak jumpa dewan yang dicari T_T Eh, alamak.. Lupa nak call akak tu nak cancelkan dewan hari tu. Ades. Hari tu dah block tarikh kahwin kitorang untuk dewan kat seri kembangan tu. Tapi lepas tinjauan dibuat, tempat adalah tidak sesuai. Parking susah. Dan juga jammed melampau. Tak mahulah orang datang ke majlis kami dengan menyumpah-nyumpah kan :)

Lepas tu, straight away ke Jakel Shah Alam. Kena cari kain chiffon lain untuk lining kain nikah aku ni. Haih, nak beli mahal. Sedangkan hari tu dah beli, tapi tersalah beli. Tak beli kang termimpi-mimpi pulak. Saya pun cakaplah, "Sayang, sudi tak kamu merealisasikan baju nikah impian saya?"

Ahahaha, misi berjaya :p Si dia memang baik hati sangat orangnya. Tak berkira dengan saya. :p

Tapi pekerja Jakel menakutkan. Lepas beli chiffon tu, saje lah belek telek cadar kahwin kejap. Aku saje tengok je ok. Tapi dipaksanya beli. Dah aku cakap nanti dulu nak balik rumah tanya emak. Sebab hari tu emak cakap nak belikan. Pandai pulak menjawab, takpe. Nanti tak suka boleh datang tukar balik. Eh, srious menakutkan lah korang ni. Tak perlulah macam tu sekali memaksa orang beli, nanti orang nak masuk Jakel pun takut-takut. Sebab macam kalau masuk WAJIB beli barang.

Keluar dari Jakel, nampak ada lori comel jual cucuk-cucuk. Aaaa, sedapnya! Dah lama mengidam nak makan.Si perempuan yang tak pedulilah si lelaki nak makan ke hape ke. Yang dia kira dia nak bergambar.Tak tahu kenapa. Makan berdua di kaki lima Jakel, dengan hanya kerusi plastik sahaja tanpa meja pun dah membuatkan aku gembira dan tersenyum :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...