Friday, February 25, 2011

Takut, risau, cuak..

Salam semua, morning. Pagi Jumaat ni tak tahu nak merepek apa sebenarnya :p tapi ada rasa nak menulis :)

Kalau ada yang perasan ticker di sebelah kiri blog ni, majlis perkahwinan kami hanya tinggal lagi 6 bulan tapi bakal pengantinnya ni masih terkontang-kanting. Idea yillekkkkkkk !!

Runsing tahu tak. Saya je lah kot yang runsing, bakal suami mungkin masih berlagak cool. Haha.

Tarikh majlis akan diumumkan secara rasmi (haha, poyo!) nanti. Bila dah ada kad, mungkin. Kad masih belum pilih. Tapi ideanya sudah ada. Harapnya lah. Aku suka kad yang berciri comel macam ni.Err, tapi ni comel sangat. Dah macam baby punya kad je. Mungkin akan ditolak oleh ibubapa.Ini comel. Suka :)Ini lagiiiiiii suka. Simple dan menarik. Pada pandangan mataku inilah. Tapi apsal semua contoh kad yang aku pilih ni berwarna merah jambu? Ades.

gambar kredit kepada kad-kahkahwin.com

Ok. Ketepikan sebentar hal kad merah jambu.

Warna tema. Ini dah beratus berjuta kali diulang di sini. Malas dah korang nak baca kan :p Tema belah lelaki adalah ungu dan putih. Belah perempuan, hmm. Mungkin hari Ahad ni akan dapat idea, nak pergi jumpa mak andam :) Nak tengok butik dia dulu, belum ambil keputusan apa-apa lagi. Aku ni cerewet sikit orangnya. Sudahlah cerewet, tak tetap pendirian, tak pasti diri nak apa. Hadoih~ tenangggggg!

Kursus kahwin belum pergi lagi, tapi dah daftar. Tengah tunggu giliran lah ni. Bulan 3 nanti kami pergi. Selepas dah pergi kursus kahwin, barulah boleh uruskan hal-hal yang lain kan berkenaan borang-borang tu. Luckily saya ni ramai jugak kawan dah kahwin, so banyak tempat mengadu :p

Urusan dewan belum siap.

Jurugambar belum siap.

Mak andam belum siap.

Eh, korang-korang ni kalau nak komen.. Janganlah menakut-nakutkan aku ok :) Sedang bertenang ni, sedang menyusun jadual. Plan tu ada. Jadi janganlah komen macam, "Eh, dah lambat ni. Habislah karang baju kahwin takde bla bla blaaa"

Bukan apa, karang kalau korang tercuak.. aku lagi lah cuak terlebeyyyyy :p jangan buat macam tu taw!!

Bulan 4 nanti nak balik kampung tengok pelamin, jumpa mak andam, jumpa jurugambar dan buatlah apa-apa yang sempat.

Eh, berkenaan dewan kan. Aku tahu agak terlewat ni cari sekarang. Sebabnya dah 3-4 dewan kitorang tengok kat Putrajaya fully booked T_T Nangis. So, sedang mencari dewan di sekitar Bangi, Kajang, Serdang atau Putrajaya. Tak mahu yang mahal sangatlah, karang ada pergi suggest Dewan Seri Endon yang sewanya RM10k tuu.. pitammmsss! Cari yang bawah Rm2k begitu. Kalau takde pilihan, mungkin ada buat di rumah lah. Tapi sekarang ni mintak idea ni, sapa ada cadangan. Please ye please bantu saya. Hihihi.


Yang benar,
Bakal pengantin yang kebuntuan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...