Saturday, February 26, 2011

Konflik

Aku ada satu persoalan hari ni. Hmm, bukan hari ni aje. Dah lama dah persoalan ni bermain-main di fikiran. Isu ni macam sedikit sensitif pada sesetengah orang. Kadang-kadang kita sendiri rasa tak selesa bila orang buat macam tu pada kita, tapi bila kita sendiri buat macam tu.. Kita tak sedar. Biasalah, salah sendiri siapa nak mengaku kan.

Aku cuba nak merungkai sama ada ini aku sorang yang rasa ataupun ini adalah normal.

Situasi 1

Dulu kita kawan baik dengan sorang minah, mari bagi nama dia Z lah. Lepas tu, kita bergaduh dengan Z, terus putus kawan. Sebab-sebab pergaduhan adalah seperti Z berkomplot dengan ex-boyfriend kita untuk menipu kita. OK. Lepas tu kita kawan rapat dengan seorang minah lagi, bagi nama dia A lah. A dengan Z takde apa-apa masalah. Adakah sebab masalah peribadi kita dengan Z, maka A juga harus tak kawan dengan Z?

Situasi 2

Kita ada kawan baik. Bagi nama dia X lah. Lepas tu, kita juga ada seorang musuh. Bagi nama dia B lah. for babi bitch. miaahahaha. Alamak, dah kena samak blog ni :p

Okay, okay. Mari serius balik.

Musuh ni kita bukan saja-saja nak musuh tapi dia yang nak bermusuh dengan kita. Pendek cerita, kita tak buat apa pada dia. Dia yang sengaja cari gaduh dengan kita. Ibaratnya kita ada dua laluan yang berbeza, yang sama sekali takkan bertembung, tapi dia sengaja lalu depan kita lalu langgar kita. Err, paham tak orang yang macam ni? Ala, yang hobi dia cari pasal. Tak pasal-pasal nak cari pasal. Ataupun mungkin kurang kasih sayang. Kesian.

Okay, banyak sangat penerangan pulak untuk situasi ni.

B memang berhati busuk. Dia kacau boyfriend kita. Ataupun dia bukan nak kacau boyfriend kita tapi dia sengaja cari pasal lah. Ala, malas lah terangkan banyak-banyak. Paham je lah sendiri ye. B adalah drama queen yang psiko dan gila. Yang suka mencari perhatian dan mencetus kontroversi.

Tiba-tiba B nak berbaik dengan X. Kita taknak X serba salah kan. Kesian X. Masalah adalah berkaitan B dengan kita, kenapa kita nak libatkan X.

Tapi kita tak selesa. X juga tersepit dan tak selesa. Nak buat macam mana ni?

Situasi 3

Kita ada kawan baik. Panggil dia G. G bergaduh dengan seorang minah Y. Minah Y tu cuba goda suami dia. Cuba merosakkan rumah tangga dia. Asalnya minah Y dengan G adalah kawan baik. Tapi tak sangka kawan makan kawan kan. G kecewa dan terlampau marah dengan Y. Lalu mengadu kepada kita dan menyuruh kita jangan kawan dengan Y ni. Dia jahat.

Apa tindakan kita?

**********************************************

Semua persoalan dan situasi diolah daripada pengalaman sendiri dan orang lain. Tapi yang korang boleh nampak jelas ini adalah konflik antara kawan baik, musuh, dan diri kita.

Pendapat saya sendiri, hmm. Ada dua pendapat yang terang-terangan bercanggah antara satu sama lain. Berubah-ubah, Adakalanya hampir mengikut keadaan. Adakah kerana kepentingan diri maka pendapat ni jadi tak tetap? Haih!!

1. Kawan baik kita yang ada masalah dengan orang lain, kenapa pulak kita yang tak ada kena mengena ni tak pasal-pasal terbabit sama dalam pergaduhan ni? Be professional okay! Matang sikit. Ini bukan zaman budak-budak di mana kalau bergaduh, akan bisik pada rakan sebelah, "Eh kamu jangan kawan dia taw. Dia buat kita macam ni macam ni macam ni taw. Jahat kan"

2. Yes, memang kawan baik kita yang ada masalah dengan dia. Tapi bergantunglah puncanya apa. Jika puncanya berat, kita mestilah nak back up kawan baik kita kan. Mestilah nak sentiasa sokong kawan baik kita kan. Mestilah menjadikan musuh dia pun musuh kita jugak.

Dua pendapat yang sangat bercanggah tapi datang dari diri yang sama. Bergantung kepada situasi. Hmm. Atau kepentingan diri?

Pendapat korang?

Walau apapun, I'm very grateful to have Miss Iman as my BFF sebab I always have her at my side. Thanx for that dear!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...