Wednesday, February 9, 2011

Hantaran dari Bandung


Err.. Hai ! :)

Ini cerita masa cuti CNY hari tu. Oh, lupa nak cerita (padahal kalau tak cerita pun tak apa :p) Cuti CNY hari tu, aku sakit perut dan muntah-muntah paginya. Tak tahu bahana apa. Tapi suspect nasi goreng yang dimakan pada malam sebelumnya. Perut sakit sangat masa dalam bas tu, tapi mind you. Ini bukan sakit nak membuang tahu. Haha. Ini sakit yang bikin angin naik ke kepala. Dah lah jalan jammed. Call emak, mengadu.. Emak boleh buat lawak ;

"Eh, doa banyak-banyakkk.. Jangan sampai terberak dalam bas tu."


Tergelak kuat aku sorang-sorang dalam bas tu. Emak comel. Hihi.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah tanpa mengalami apa-apa kejadian memalukan :p

Tapi, elok sampai rumah terus demam panas mengejut. Dari petang Khamis sampai rumah, terbaring tidur je sampai lah Jumaat baru bertenaga balik. Haih. Tapi apapun, Alhamdulillah dah sihat :D

So, bila kita dah sihat.. Bolehlah kita keluar jumpa kawannnnn, kan kan ? (sebenarnya ini isi dia, mukadimah panjang sangat kan :p)
Kenal ini siapa? Anda kenal? Kalau tak kenal, mari klik-klik ---> Tokey Kedai Azzahra ;) tu link personal blog dia. Aku tak pasti lah minah ni masih aktif mengupdate ke tidak. Ritu macam nak kencang balik, alih-alih dah 2 minggu tak hapdet ni yunk, apa cerita? Eh, larikkksss :p

Ini link blogshop beliau, mari klik-klik jugak ---> Azzahra-Eleganza

Zai ni kebetulan buat latihan mengajar kat kampung aku. Siap kat sekolah lama aku lagi. Boleh kirim salamkan pada bekas cikgu-cikgu aku dulu yunk :p So apa lagi, lets meet up ;)

Actually hari tu kebetulan Zai message aku a day before dia nak pergi bercuti kat Bandung. Apalagi, kirimlah sikit barang untuk buat hantaran nanti i.e telekung & kebaya. Hehe. Sana murah kan.. Dah dapat barangnya hari tu, terima kasih banget yunk. Suka gila dengan design telekung ko pilih tu :) Pastu dapat souvenir dari Zai jugak, thank you !Adik meneman yongnya pergi jumpa kawan. Aku tengok adik bosan je duk rumah kan, aku pun ajaklah keluar :p Makin besar adik aku ni, tinggi dah nak dekat sama T_T eh, cerita pasal tinggi kan.. Adik lelaki aku yang Form 4 tu bukan main lagi dia eh. Mementang sekarang zaman budak lelaki membesar dan meninggi, bila aku bising-bising sikit suka lah menyakat, "Ha.. meh ukur meh tengok siapa tinggi lagi? Nak lawan tinggi??" secara tiba-tiba okeh. Tak pepasal. Haha. Berlagak lah tu dah tinggi :pDua orang budak pakai spek. Muka dah lah nak sama kan :p cuma awk bulat sikit kot Nyna. Miahahahah. Ye, muka je pun. Tang badan aku tahu awak dah kurus :p Siapa nak tengok tutorial pakai pashmina, boleh pergi blog dia. Hihi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...