Sunday, January 16, 2011

catatan harian di hari sabtu

phew~ sabtu yang sungguh penat. tapi sangat gembira. dah lama tak berjalan-jalan tengok barang, pegang-pegang lepas tu tak beli. hehehe. window shopping nama dia :p biasanya hanya boleh dilakukan bersama bff sahaja

kali ni dah sepakat taknak pergi wangsa walk lagi. sebab dah bosan asyik-asyik ke sana je. jadi, hari ni lokasi cuci mata adalah di mutiara damansara, the curve, ikea, e-curve dan yang seangkatan dengannya. hihi. berbaloi oh, ramai jejaka handsome. terjumpa jehan miskin lagi
ahaha. *tumpang lalu sayangggggg

btw, merasa tadi first time makan kat warong penyet tu. ayam dia memang crispy terbaik lah. tapi sambal macam tak mantap sangat. pada pandangan aku lah. air soda gembira pulak memang terbaikkkcredit to www.weatethis.com

selepas perut dah kenyang, kitorang pergi menonton wayang. the tourist. cerita best, tapi awal-awal tu macam lembap sikit. sampai tertidur-tidur si zatil tu. tah brape kali aku cuit dia suruh bangun. tapi ko tu, dari zaman sekolah dah hobi tidur gitu, memang tak dapat tolong dah weh :p kesimpulannya, aku rasa cerita the tourist ni menarik, cuma awal-awal dia lembap sikit plot ceritanya. sapa belum menonton, boleh la pergi :D

aktiviti bila dah kenyang pulak, memusing dekat Ikea. zatil nak cari barang untuk rumah sewa dia nanti.. ingatkan nak makan meatball dekat Ikea jugak. dasar perut besar. hihihi. tapi orang terlampau ramai, tak kuasa nak beratur dan tolong menyesakkan keadaan lagi.

dah habis shopping segala, kitorang pun pergi minum mengopi sambil bergossip kat coffee beans. aku rasa lama gila kat situ, sedar-sedar dah 9.30 malam !! haha. ha, tengah sedap bergossip, datang salesman, menjual perfume. AND WE BOUGHT IT ! aku rasa kitorang ni memang easy buyer lah. haha. but anyway girl, it worth it. perfume tu masih melekat baunya sehingga ke pagi ni. tettttt, tidur tak mandi ka malam tadi ??? hahahaha. kitorang beli perfume ralph lauren rocks. oh, the salesman is from eraman.


dan dengan itu habislah aktiviti aku untuk hari sabtu. sekian. penat giloss :p

anyway, ini macam hang out yang terakhir sebelum my girl melaporkan diri di tempat barunya. yes, zatil already got a job now. KPT dah sediakan tempat untuk semua students diorang. err, semua tu I tak sure. tapi for zatil, yes.. she's a lecturer now ! hehe. so, all the best girl !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...