Thursday, November 11, 2010

cerita tentang lunch hour

kat area ofis aku ni mana ada kedai makan melayu. yang ada cina dan mamak. so, sebelum ni.. colleagues aku akan selang-selang makan bersama. contohnya isnin pergi makan kat mamak, selasa dorang makan kedai cina. aku pulak minum susu dan roti atau mi cup dibeli di 7 eleven. haha. macam sedih je :p

sejak dua tiga minggu ni, aku rajin bawak bekal pergi ofis. sebab aku rasa dah muak makan dekat mamak. dan juga aku geli. haha. tak pasal-pasal je okay. bukannya aku ada ternampak apa-apa pun. cuma tiba-tiba je imaginasi aku terlebih, bayangkan bukan-bukan. buat masa ni, aku cuba elakkan lah. lain masa tu aku tak tahu lah. hehe.ini bekalan untuk hari semalam. err. macam pelik ayat tu. jap betulkan.

ini bekal yang saya makan semalam. nasi + sambal telur + sayur campur. ini sebenarnya dinner aku malam sebelum tu, tapi sengaja aku masak extra supaya pagi tu tinggal nak reheatkan aje.

tapi bukanlah hari-hari aku masak. ingat aku takde hari-hari yang malas ke. eh. salah ayat, macam perajin sangat je kau ni izza oi. tidak. ada hari-hari ataupun minggu-minggu ataupun bulan-bulan yang aku tersangat takde mood nak masak, dapur tu guna nak jerang air je. hehe.

so, dalam masa situasi membawa bekal ke tempat kerja ni.. bila tiba-tiba je datang hari penat + tak larat nak masak macam hari ni, aku akan beli bekal nasi kukus kat bawah blok ni. sedap dan murah :)

lepastu kan, aku kalau beli kat situ. aku suka bawak bekas sendiri. sebab ada partition, senang nak makan. lagipun taknak campur-campur kan sebab aku nak makan untuk lunch, bukan breakfast. dia kan bungkus dalam kertas cekelat tu.

pastu ada lak makcik ni, dia pun customer gak. and totally a stranger for me.

"uih, ni siap bawak bekas sendiri ni. karang mesti nak mengaku dia yang masak ni" sambil bergelak ketawa konon kelakar.

senyum je. sambil heran apesal makcik ni gurau terlebih dengan orang tak kenal. haha. aku yang pelik ke makcik tu yang pelik ek ?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...