Friday, October 15, 2010

Kategori pembaca blog anda

Tahukah anda ada banyak jenis pembaca blog anda ni. Antaranya..

1. Jenis yang suka kamu.

maksudnya dia suka baca cerita kamu lah. bukannya dia suka fall in love tiba-tiba tak tentu pasal pulak. ish. dia suka baca cerita kamu, ataupun entah-entah betul dia suka kamu kan ;p kalau cerita kamu gembira, dia pun gembira. kalau kamu sedih, dia pun turut rasa sedih. kononnya lah. hihi. ini kira pembaca setia lah ! mungkin hari-hari dia terjah blog kamu. thumbs up untuk pembaca jenis ini. you love me, i love you too. hik hik

2. Jenis yang saja baca mengisi masa lapang.

ini pulak mungkin dia bukak blog kamu bila teringat je. ataupun eh, bosannya tak tahu nak layari apa lagi kat internet neh. bukak blog si polan binti si polan lah =.=

3. Jenis yang nak naikkan trafik dia.

ini pulak pergi blog siti situ sana sini sebab nak tarik orang pergi blog dia pulak. kadang-kadang singgah 2 saat je, bukannya baca pun apa orang tulis (eh, jadi boleh gelarkan kategori yang ini sebagai pembaca jugak ke ye ?) perkara pertama yang dia pergi bila ke blog orang adalah cari cbox dulu untuk tulis, "salam, singgah sini.." hehe

4. Jenis yang benci meluat menyampah gila dengan kamu.

oh oh oh~ ini kategori paling bahaya. makin tak suka orang tu, makin dia nak ambil tahu pulak. orang ni buat apa, bertunang dengan siapa, jadi ke diorang ni kahwin. happy ke mereka. semuanya nak baca sebab nak cari point nak kutuk. hihihi. betul tak ? jenis ini kadang-kadang akan cuba berbaik-baik dengan kamu dulu, lepas tu bila kamu dah macam ngam dengan dia, mula la dia tembak. ish. bahayalah. tak nak lah ada jenis macam ni kat sini.

walau apa jenis pun korang ni. kalau lah ada jenis no 4 sedang baca. nasihat di sini, kalau tak suka, janganlah terus-terusan menyakitkan hati sendiri. ataupun menambah dosa. baca lepas tu kutuk-kutuk. hehe. not good taw. ini ruang berkasih sayang. tak mahu benci-benci ni. hihi. gitu. (padahal entry sebelum ni bukan main penuh benci lagi kan. hahahaha)

okay, sudah. apa-apa pun kat sini, tak kira lah korang jenis mana. tapi terima kasih sebab baca blog aku walaupun tak seramai mana. aku tetap happy. hihi. see, perempuan ini mudah berasa gembira. hahaha. tata


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...