wah, beberapa hari sudah rupanya blog neh tak berupdate. balik kerja je penat, malas nak online ( eh, tiba-tiba aje explain dengan tak bagi salamnya )
assalamualaikum :)
semalam aku pergi hantar adik aku balik kampung. hantar kat KL sentral je lah. ingat baik hati sangat ke nak drivekan sampai ke kuala kangsar nun :P
ok, sebelum tu. info makanan berbuka puasa terkini sehingga hari semalam ialah..


terima kasih la nina kerana telah mengambil gambar senonoh macam neh T_T
adik naik train ETS ke ipoh pukul 9 malam. first time neh balik kampung naik train. bukan aku lah. aku neh, first time pun tiada. hehe. adik aku kata perasaan sama macam pergi mid je :P ye lah, kata naik komuter kan. 2 jam ke ipoh ye kawan-kawan, RM 30 je. sapa orang perak, boleh cuba selepas ini ( hehe, terpromote pulak )

jeles. adik. balik. kampung. awal.
tapi untuk mengurangkan perasaan tu, fikir beginilah..
"bagus jugak diorang balik awal, boleh kemas rumah nanti. aku balik nanti semua dah siap"
:P
korang start cuti bila ?