Friday, August 27, 2010

korang cuti ?

Lepas satu, satu cerita makanan dibawakan di sini =D

Siapa pernah makan aiskrim gelato fruity ? Terbaik kannnnnnn ?
yogurt buah-buahan dia memang sedap. Siapa penggemar aiskrim sila cari dan rasa ye =D

Eh ! tadi timbang berat. gembira kerana telah turun DUA kg. ye kawan-kawan, DUA kg pun dah buat aku happy. miahahahhaa. daripada naik dua kilo kan, mahu bersedih tiga hari tiga malam pun tak sudah lalu makan dengan lebih banyaknya pulak nanti. Nehiii.. nehi. takmau begitu.

aku tengah cuba nak diet tak makan nasi neh. tapi apakah wei ! satu hari tanpa nasi, hidupku terasa tidak bermakna. hahahhaa. macam neh punya gaya nak diet, entah laaa.. ke laut la jawabnya.

sapa ada petua kurus dengan pantas tanpa perlu berlapar semua tu ? sapa ada ? tampil segera anda ! tapi janganlah suruh aku makan pil kurus bagai tu, takut pulak nak main cuba jaya neh kan.

Eh ( lagi sekali ) ! Korang cuti esok ? aku tak cuti. seronok ye ada yang straight cuti 5 hari. merasa lah korang mengharung traffic jammed hari selasa tu nanti. hahahaha. bluwekksssss !! ( ayat orang dengki tak dapat join balik kampung sama =P )




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...