1. esok friday, hip hip hooray!
2. tadi pegi dating tengok citer karate kid, not bad walaupun cerita agak slow. masih dalam kategori boleh tonton.
3. kenny rogers mines hampeh. service hampeh, bape kali silap hantar order. dah lah tadi gatal nak try promotion set yang harganya sama je macam quarter set tu, tapi yang neh kengkonon healthy meal lah. waitress tu promote macam hebat, sekali menyesal tak stick pada benda yang biasa order je. cit.
4. pukul 12.41 am, masih tak tidur lagi. baru lepas mandi neh ;D
5. kerja minggu neh agak penat. asyik duk ulang alik p IRB dengan SSM jek. penat lah bos hari-hari nak kuar, kerja kat ofis pun melambak tunggu.
6. esok kena keluar lagi. buat side audit.
7. esok emak ayah saya datang shah alam. yeay, leh tidur kepit celah ketiak emak :)
8. semalam, 1 july 2010 birthday ibunda yang ke 49. selamat hari jadi emak! sayang emak selalu.
9. okay, tak larat pikir point dah. mau tidur. nite semua. semangat sket bangun kerja esok taw! jumaat tuuu... hip hippppppppp hooooray!! :D