Saturday, July 17, 2010

pesta perut pulak

haiyoh. update blog secara tidak konsisten langsung sekarang. satu minit membuak-buak (?) nafsu mengupdate tu, satu minit lagi lantak situlah apa nak jadi. hahaha. confirm telah meletak jawatan sebagai penagih blog.

taw tak bila idea nak menulis tu selalu datang? time tengah bersiram dalam shower room, time tengah driving.. masa-masa aku tengah percuma, bila-bila masa idea datang, terus boleh amik laptop type.. ha, masa tu pemalas yang amat ye.

oh ye! meh la aku update cerita yang basi ini :) cite hujung minggu update pada hujung minggu ini. nice :)

hari ahad lepas tersangat lah bosan duk umah, ajak bf kuar jalan-jalan tengok KL. hahaha. tu lah dia, itu cara-cara sabtu tu dah keluar dating pergi bbq party lagik. kalau dah bf dekat je, kalau boleh asik nak berkepit je la kan. nak pergi makan pun kalau boleh tiap masa nak berkepit je. habis semua nak diharap bf. cuba kalau duk jauh tu, reti pulak kau bawak diri eh? eh. terbebel kat diri sendiri pulak.

sambung cerita..

then, teringin nak makan western pulak. see, sangat mengada kan? nasib ada orang sayang. hahahaha. pelis lempang aku seploh kali. lepas tu, kan masih jakun phone ada GPS. jakun okeh, jakun! search lah western food area KL. keluarlah satu restoran neh, windmill. dekat area subang jaya. pergilah all the way ke sana dengan semangat membara. sampai-sampai tengok ada serve wine.. dari jauh kut dah nampak tulisan wine itu.. itulah, jangan percaya GPS anda bulat-bulat. hahaha.

dah alang-alang kat area situ, bf bawak pergi william. lamb chopgarlic butter noodle with ayam pandan (aku hentam je nama dia, haha. lupa) tapi mi ini sangat sedappppppp~ we like this ♥

pastu minum air, soda herbs. uih, macam-macam bahan dia letak dalam tu. dia kata ada daun ketum sekali.. err.. err.. tataw. tataw. tapi sedap. tapi lepas minum tak pening. tak rasa mabuk pun. haha. tapi sedap. oleh itu, boleh lah korang try minum menda alah neh kalau pergi william tu kang

eh, btw. tutup citer makan jap. gambar kat atas tu kualitinya memang tah pape pun. pertamanya, sebab malam.. mmg camera phone neh agak sengal di waktu malam. keduanya, camera dia ada bunyi lah! sapa reti nak offkan bunyi camera E71.. pelis help me ^_^

p/s asal update, cerita makan. tu lah kesimpulannya kenapa aku makin membulat sekarang :(

10 comments:

PinQib said...

hauah.. bile ler sy nk merasa makan lamb chop.. T_T


Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

Salah bontot ke selipar?


The reveal of BVLgarigirl

Mr Noble said...

dah 2 kali aku terbaca kat blog pasal william ni. will someone explain to me apa itu william? tq

haneehunny said...

ahaha same la kite...lame dh xjd penulis tegar kat blog tuh..ni knunnye nak bjinak2 balik la ni....hehe

sweethOneY said...

qib - hehe. tak suka lamb chop kah?

mr noble - william neh bolehlah dikatakan antara kedai makan yang famous di kalangan blogger :D dia mcm gerai-gerai biasa je, tapi sedap. and a bit pricey tapi worth it lah.. boleh cuba nanti. kedai dia kat kelana jaya :)

hanee - kann.. tp biasanya konon nya tu kejap je. hehe.. :P

nyna said...

hai kakak gemuk
:D

~dARlee zURiS~ said...

nak g william!
huhuu...

lily lotus said...

badan berisi itu tanda senang hati sis :)

Redbloodsnow said...

ya allahhh..lamp chop tuhhh. nangis ahhh

:: p R i n c E s S _ N :: said...

tah bile aku nk g william ni..skg tgk foods pon x lalu...diet pcuma jekk..

PutRee SeJiNjaNg said...

lamb chop...sedap nye yunk...nak jugak arr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...