aku ada sorang kawan. perempuan. nama dia zatil. aku sayang dia. dari form 3 kitorang kawan. tapi sekarang aku kecik hati dengan dia :(
sebab dia tak contact aku pun lepas balik dari UK. dah 3 hari dah sejak dia sampai malaysia. sekali pun dia takde contact aku. aku nak contact dia, aku takde nombor dia kat malaysia :(
sumpah kecik hati :(
semalam pulak, balik dari kerja tiba-tiba aje boyfriend ajak pergi wangsa walk. dia kata kawan lama dia tiba-tiba ajak jumpa. aku pun membebel lah, kawan lama tiba-tiba ajak jumpa tak lain tak bukan mesti nak cerita pasal MLM. hahaha. aku memang prejudis pun. pedulik hapa. memang selalunya macam tu pun. aku dah pernah terkena pun kawan macam neh.
dah lah wangsa walk tu jauh okay. ulang, JAUH. semalam jugak lah aku neh nak pening kepala pun, pasai apa pun entah lah. so, sepanjang jalan tu senyap je lah aku. bengang ngan boyfriend pun ye. yerlah, tiba-tiba aja nak bawak aku jumpa kawan dia tak inform awal-awal pun.
sampai je kat wangsa maju, tiba-tiba aku ternampak mindef. terus teringat zatil dia duduk situ. daripada lembik pening kepala neh, terus aku tiba-tiba bersemangat membebel kat boyfriend. aku mengadu lah, zatil balik malaysia tak contact pun. padahal sehari sebelum dia balik.. ada je YM. sedih taw :( alang-alang dah sampai dekat neh, kalau ada nombor boleh jugak ajak jumpa kan. ini, apa nombor pun takde.
pastu boyfriend aku neh pandai pulak jadi batu api. boleh pulak dia kata, ish.. kawan macam tu memang tak boleh pakai lah. tak payah la kawan ngan dia dah.
eh! bengang lah aku. mana boleh cakap kat girlfriend aku macam tu X(
aku pun defend lah, eyyyy, itu kawan baik za okay. dia bukan macam Z** ataupun **a okay! pot pet pot pet. membebel lagi. haha. membebel sila bagi kat aku.
so, dah sampai kat area wangsa walk. dia bawak pergi Mcd. dia kata janji jumpa kawan dekat situ. aku dah kata, aku bagi 5 minit je jumpa. sumpah aku tak berkenan langsung jumpa orang tah pape tak kenal neh kan. lepas tu, si boyfriend neh pulak. boleh pulak lah keluar ayat, macam mana kalau syg suka dia? nak lepak lama-lama sket tak? aku senang je, aku jawab lah.. kalau dia tak cerita pasal MLM ke, insurans ke, then boleh get along. I'm fine with it ok. masih takde mood lagi tu, berapa kali ajak boyfriend, jumlah kita balik aje. takde mood lah.
masa kat Mcd tu, aku msg lah zatil kat fb. aku bagitaw yang aku dah dekat dengan rumah dia, tapi aku tak boleh contact dia sebab takde nombor bla bla bla semua ayat sentap-sentap je aku bagi.
:(
ish, yang kawan lama boyfriend neh pulak tak sampai-sampai. padahal janji pukul 8. marah dah lah haku neh pun! boyfriend pulak boleh nak puji-puji kawan dia, cantik gila lah, sweet lah, apa lah. saja lah tu nak bakar hati aku. geget karang!!
pastu aku tengok kejap-kejap phone dia bunyi. call dengan kawan dia lah kot. aku dah berapa kali ajak balik neh. tak kuasa aku weh.
pastu, boyfriend aku ajak pergi kereta. eh, apesal neh? kata nak jumpa kawan lama dia yang cantik gila tu kan.. dia cakap silap tempat. janji kat wangsa walk tapi masa tu kitorang kat carrefour. hahaha. adoi. mallnya dekat sangat. kitorang pulak dah la bukan orang sana, manalah reti.
so, pergi wangsa walk.. jumpa kat A&W. pusing-pusing dalam A&W tak jumpa pulak. aish! encik boyfriend, ko paham tak aku kat sini dah nak mendidih cam nak terbakar aje neh X(
pastu tiba-tiba, aku ternampak bebudak yang macam aku kenal. adik zatil! terus aku peluk bahu dorang. wah, suka hati aje kan peluk-peluk bahu orang kat public. hahaha. lepas tu, aku angkat je muka, aku nampak zatil pulak!!! terus aku melompat terjerit kat situ jugak. OMG! OMG! asyik cakap camtu aje. hahahaha. mampus lah orang pandang-pandang pun.
pastu aku baru je dengan eksyennya nak cakap kat boyfriend, awk pergilah jumpa kawan awk tu, saya nak lepak ngan zatil. baru je nak cakap okay. pastu zatil boleh pulak cakap, marah ke? marah ke???
dan aku pun..
EHHHHH!!!!
apa yang jadi sebenarnya neh?????
Hahahaha. SURPRISE!!!!gotcha! haha.
*mirah, abg iim kata. nak amik gambar mcm mirah lah, buat peace. hahahahaha >:)
very sweet surprise indeed.
sampai sakit-sakit tengkuk dan otak aku gelak. tenkiu tenkiu tenkiu dua insan kesayangan neh. bersusah payah nak surprisekan aku. hihi. happy happy happy sangat-sangat!!
balik dari jumpa zatil, terus pergi bukit jalil amik sorang lagi girlfriend kesayangan aku jugak, kakyong. sorry taw aku terlambat sket amik ko.. thanx temankan aku weekend neh :)
weekend yang penuh ceria! :)