Friday, June 25, 2010

oh si baju hijau biru celoreng-celoreng

wah, laju korang komen yek! haha.

since korang sukakan entertainment begini, mari aku reveal sedikit perbualan aku dengan orang kat office PLKN tuh. tensen haku. kerek bebetul enko ye. dah la susah nak tembus line dorang tuh.

cik mangsa : saya nak tangguh PLKN neh. saya baru je dapat kerja.

operator : oh, itu takde masalah. majikan awak kena bagi cuti 3 bulan. bulan pertama gaji dibayar penuh, bulan kedua dan ketiga, bergantung pada budi bicara majikan tapi masih kena bayar. kalau majikan awak taknak bagi cuti, kami boleh dakwa dia.

cik mangsa : tapi..

operator : takde alasan lagi. ini arahan negara. sepatutnya masa awak habis belajar, apply dulu untuk panggilan semula. bukan terus kerja.

*haha, tak tahan bahasakan diri sebagai mangsa pulak

wah enko, cuba aku suh kau pegi mintak cuti 3 bulan kat bos kau. dan time tu kau memang baru sangat-sangat kerja. tak meroyan macam aku jugak? dah tu cuti berbayar pulak tu, ada majikan nak ke? walaupun diorang pun takde choice. hahaha. ergh~ pikir je buat kepala aku berasap. haha.

lepas neh kalau nak amik orang kerja, majikan kena tanya dulu.. "awak dah pergi national service belum?"

;p
bayangkan muka suci ini dalam baju belang-belang sambil pegang senjata. hahaha. jangan main-main, belajar menembak okay. sapa cari pasal ngan aku pasneh, aku tembak! hahaha.

p/s sapa setuju dengan pendapat saya, boleh mengomen. tapi sapa yang tak sokong, sila diam saja. hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...