22 September 2009
Grr.. Payah bila otak dipaksa untuk ingat hari tu buat apa, hari ni buat apa. Tu lah, sapa suruh update lambat! Hihi.
Rumah opah aku ni memang adik beradik dan sedara mara suka terjah main suka hati. Dah on the way, baru nak call bagitaw nak datang. Sekali datang, bukan sikit sikit korang. Pernah lah sampai 5 kereta t_t. Nangis. Nasib baik ramai chef chef handalan kat rumah opah tu. Hihihihi. Eh, tapi kalau dah tiap tahun buat gitu, memang dah dapat agak lah kan kan?
So, tahun ni macam tu jugak la. Best taw kumpul ramai ramai macam ni. Walaupun aku bukan kenal sangat diorang, bawak kepala otak aku sendiri je. Haha. Tapi meriah la kumpul ramai ramai.
Lauk semua lauk kampung. Tu yang makan selalu terlajak. Hihi. Seronok sangatlah makan macam ni. Yang tak seronok part nak basuh pinggan nanti t_tTak muat nak duduk ramai ramai kat depan. Sambung sampai ke dapur plak ;D Kalau nak tidur pun macam tu jugak. Tidur semua bersepah sepah. Syiokkkk sebab semua ada ;DBudak kecik ni taknak orang suap dia makan. Nak jugak suap sendiri.Malam hari pulak ligat main bunga api. Seronokkkkk! Eh, aku tengok je. Tak campur main sama. ;p
Malam tu jugak gerak balik rumah di Kuala Kangsar. Mak ayah tak cuti, so balik kampung sehari aje..
Malam tu jugak gerak balik rumah di Kuala Kangsar. Mak ayah tak cuti, so balik kampung sehari aje..