Friday, October 2, 2009

Balik Kampung

Semalam kata nak update secara mengambil gear mengundur kan?
Tak acilah macam tu. Aku nak update ikut turutan. Nak update cerita ceriti di Hari Raya. Haha. Yerlah Cik Izza, suka hati kau lah nak update ke depan ke, mengundur ke, ke sisi ke.. Kan kan kan?

Raya kedua, siangnya tak pergi ke mana. Duduk rumah melayan budak kecik yang comel ini.Amna Atalia. Ngam betul dia neh dengan aku. Bertambah ngam bila aku make upkan beliau. Ngahahaha. Sampai nak datang rumah aku semata-mata nak make up. ;p

Sila telengkan kepala anda dengan tahap kecondongan yang betul untuk mendapatkan paparan sebenar. Aku tak reti nak rotate video neh lah. Dah try guna software apa tah, apesal macam tak jadi ha?

Kemain lagi budak kecik tu kan? Amna neh umurnya 2 tahun :)

Then, petangnya bersiap siap nak balik ke kampung belah mak, kat Grik.Anak anak dah siap dulu. Mari bergambar sementara menunggu ibu bersiap ;DBelakang rumah saya ada pokok kelapa. Te he heAmirah sorang je pelik sebab pakai shirt dengan jeans. Oh, Mirah merupakan adik aku yang ke 4. Sila jangan tanya lagi, kerana sudah banyak kali dijawab :) Eh, aku ingat Mirah sorang je pelik sebab pakai jeans.. Rupanya Kak Ngah lah yang pelik sebab dia sorang pakai baju kurung. Yang lain sarung jeans je ;pUpsie! Candid!
Okay. Dah siap. Jom kita gerak balik kampung.

Ayah, jom lumba siapa yang sampai dulu. Hihihi. Keputusan pastilah sudah diketahui pada masa entry ini ditaip. Pakcik Asri - 1. Cik Izza - 0.


Haha. Okay, mari berhenti mengarut sekarang!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...