Friday, October 2, 2009


Mari teruskan lagi dengan raya ketiga. Orang lain dah ke mana mana, aku baru terhegeh hegeh nak update raya ketiga ;p

Sepanjang pagi aku adalah tidur dengan nyenyaknya. Badan keletihan memandu, eceh ;p

Lepas Zohor, Kak Yong texted ajak pergi beraya. Aku pun okaykan aje. First sekali, kitorang pergi rumah amik Shahiza kat rumah dia. Lepas tu, straight terus pergi beraya rumah Cikgu Azizah. Cikgu sekolah rendah aku ni. Apsal aku tengok muka beliau dari dulu sampai sekarang sama je. Maintain muda je okay. Macam kelakar bila sembang pasal sekolah dulu. Cikgu ni garang woh. Aku pun pernah kena rotan ngan dia dulu. Kikiki. Tapi bukan aku sorang ek, satu kelas kena rotan sebab bising time perhimpunan. Lagi satu, denda favourite cikgu ni.. junjung kerusi lepas tu kena lari keliling padang. Best kan? Budak budak sekarang ada ke yang kena denda macam tu? Takde kann???? Agaknya sebab tu la budak budak sekarang tak takot dan hormat dekat cikgu ek? Tapi bukan semua.. Hihi. Kang ada pulak yang melenting ;p

Lepas beraya rumah cikgu, pergi rumah kawan kawan pulak. Kesimpulannya dapat la pergi beraya 4 buah rumah pada hari tu.
Sampai rumah, hari pun dah gelap. Te he he. Takpe mak, bukan selalu kak keluar balik lambat macam ni kan? Lagipun mak ayah taw dengan siapa aku keluar, pergi mana semua.. :)









1 comment:

:: p R i n c E s S _ N :: said...

wahh...aku br 1 uma braye kt bangi ni...sob..sob..kelewatan tol..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...