Tuesday, September 15, 2009

Hari Ini Hari Selasa, Kan??

Hari neh menunjukkan perangai yang terpuji. Iaitu tidak tidur selepas sahur. Hihi. Lepas sahur, sembang sembang dengan Liya jap.. Lepas tu layan FB kejap sementara tunggu azan (Err.. bukan nak g mengaji ke apa.. Isk!) Lepas dah siap solat semua, terus mandi. Sampai En Sayang terkejut dia call, aku jawab dengan penuh bertenaga. Haha. Selalunya call pagi pagi, angkat cuma untuk cakap "Za nantok lah. Nak tidur. Bawak kereta elok elok ye. Bye.." Ngahaha. Satu pencapaian yang bagus untuk hari Selasa ini. ;D

Okaylah. Actually bangun awal sebab semalam dah tidur awal gila. Rasanya pukul 10 dah masuk tidur kot. Lagipun pagi tadi nak keluar kejap pergi pejabat pos dengan bank. Bukan pergi tukar duit raya ye korang.. I sendiri pun tak berduit, masih belum mampu nak kasik duit raya. t_t

Aku pergi pos barang tadi. Pos apa, kepada sapa, jangan tanya. Hihi. Sebenarnya dah niat dah semalam nak guna pos express je. Sekali kejadian-parcelku-dibukak-orang-pejabat-pos berlaku, terus guna Pos Laju. Kang hilang barang orang kang, naya aku. Biar mahal sikit takpelah, asalkan barang dia tu selamat sampai :)

Lepas pergi pejabat pos, pergi Maybank pulak. Nak bank in duit. Beli sesuatu di atas talian (online). Hihi. ;p La la la la lui~

Keluar pukul 10 pagi. Selesai semua urusan dalam pukul 12.15 tengah hari. Capek. Dahaga semua ada. Itu baru keluar jalan sikit. Macam mana lah orang yang kerja dia kena bergerak ke sana sini tu kan. Confirm penat.
Selekehnya saya t_t
Takpe, setakat nak pergi pejabat pos dan bank, tak perlu nak over over kan. Hihi. Nak jugak back up diri tu ;p










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...