Lagi satu entry makanan. Hihi. Biasalah. I duk rumah je kan, so kerja adalah menguruskan hal rumah lah. Tangga je belum ada lagi. So, menu berbuka pada hari ini adalah Nasi Ayam Madu. Tak ingat masuk dapur dari pukul berapa, tapi duk gebang sana, gebang sini. Sambil tumis bawang, sempat lagi lari duk depan laptop kejap. Haha. Hasilnya, dah azan aku masih di dapur sedang membuat sambal nasi ayam. Hihi. Ayah kata,
"Hari neh chef baru masuk dapur. Tu lambat tu. Kalau chef lama (mak aku) masak, confirm udah siap neh"
Baiklah. Baiklah. t_t
Disebabkan semua orang menunggu dengan sabar nasi ayam dihidangkan dengan penuh kasih sayang di atas meja, jadi cuma sempat amik gambar ayam madu tu je.Nasi ayam tak cukup sifat. Iaitu hanya ayam sahaja yang ada di dalam gambar.Close-up.
Nak resepi nasi ayam ke?