Wednesday, July 15, 2009

HELLO... HELLO.. HELLO.. (echo.. echo.. echo)

ish.. blog ke rumah usang neh??
bersawang nah ;p
sebenarnya saya sedang membuat satu eksperimen

"adakah cik izza tidak ghairah terhadap blog lagi?"

nampaknya hasil eksperimen adalah positive.. tsk..

okey, tinggalkan cik izza bersama eksperimennya. sekarang mari kita meneruskan jelajah blog dengan membaca perenggan berikutnya yang mungkin lebih berfaedah untuk diketahui (atau mungkin tidak..)

hari ni jadual saya full dari pukul 9 pagi sehingga pukul 1.20 petang. selepas itu, saya berehat-rehat sambil memerah otak menyediakan kertas ujian selaras II untuk pelajar tingkatan 1 sementara menunggu aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan pada pukul 2.30 petang.
(iya, memang suka bagitaw benda yang tak penting)

selesai aktiviti ko-kurikulum lebih kurang pada pukul 4, saya bertolak pulang. bukan terus pulang ke rumah, sempat singgah di beberapa perhentian. perhentian pertama, CIMB centre. tujuan persinggahan : mencetak penyata akaun untuk urusan gaji (yahoo.. gaji first dah nak masuk ;p)

kemudian, saya meneruskan perjalanan ke Kumpulan Simpanan Wang Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP.saya mendaftar sebagai ahli KWSP. sekali lagi atas urusan gaji (ini tidak perlu diberitahu, pembaca sekalian sudah taw kan?) lagi sekali yahooo lah, sebab tak lama lagi gaji first akan masuk ;D

selesai urusan di KWSP pada pukul 4.40 petang. saya terus bergegas pulang kerana badan dan otak sudah sangat letih dan penat.

sekian cerita pada pada 15 julai 2009.
tata









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...