Friday, December 21, 2018

Resepi Homemade Playdoh / DIY Playdoh

HOMEMADE PLAYDOH

Salah satu sensory-messy play untuk kids, bagi uli playdoh sendiri. Resepi ni elok, tak sticky dan boleh mold. Dah banyak resepi saya cuba, ada yang elok ada yang hancuss haha so yang ni memang 👍👍

1 cawan tepung
1/4 cawan garam
Beberapa titis minyak
1/4 cawan air
Pewarna makanan

Gaul semua bahan kecuali pewarna sehingga membentuk doh yang tak melekat. Air tu jangan letak sekaligus, masukkan sikit sikit. Boleh tambah air/tepung ikut keperluan.

Dah elok adunannya bolehla masukkan pewarna. Selepas tu saya balut dengan cling wrap dan restkan dalam chiller lebih kurang sejam. Siap !

Nak main keluarkan je, lepastu tu cling wrap dan simpan dalam chiller semula. Tahan 3 bulan.

Thursday, December 20, 2018

Hari Anugerah Kasih

Sebelum cuti sekolah haritu, ada majlis Hari Anugerah sekolah Kasih. Cikgu siap pesan datang tau, sebab Kasih ada ambil hadiah mata pelajaran terbaik dan top 5 dalam kelas, Alhamdulillah.

Majlisnya waktu malam, konsep potluck so Mama order je brownies. Baru tahu yang Kasih dapat no 2 dalam kelas dan no 3 keseluruhan serta terbaik mata pelajaran BM dan Maths.

Tahniah sayang Mama. Yang penting bukan nombor tapi progress dan improvement. Mama doakan Kasih sentiasa berjaya dan dirahmati Allah, love you

Luth's Milestone -- Kebolehan Mengajuk 4-5 Patah Perkataan

Marked another achievement untuk Luth, boleh mengajuk sehingga 4-5 patah perkataan,

Contoh,

Mama, Luth nak purple pen (sambil tunjuk bekas pen atas meja)

Quite consistent dah. Cuma nak kena bagi general, boleh cakap dengan Papa, Kakak, Teacher dll bukan hanya dengan Mama je

Kalau bab skill, Luth pandai dan minat main puzzle. Kalau island puzzle tu memang dah expert. Dari segi matching skill dah tak sesuai, too simple for him. Tapi masih boleh digunakan untuk penceritaan.

Kalau bab menulis, he's quite advance. Less scribble dan nak tulis something meaningful. Dulu dia nak Mama pegang tangan dia guide untuk tulis 1 2 3 A B C. Sekarang dia dah start ambil buku Kakak dan trace dot dot tu. Dah boleh tulis 1-10, walaupun tak cantik dan senget tapi nampak rupanya, nanti Mama share sini ye

Pengalaman Jumpstart Kereta

Haritu macam biasa, nak bawa Luth ke kelas speech therapy dia. Angkut Kasih sekali sebab tengah cuti sekolah kan. Dan dan la jugak lif pun rosak. Turun bawah, sampai kereta try buka alarm, tak boleh. Aku dok fikir battery alarm habis ke (logik ?) , cari handphone nak tanya Abang, lahhhh handphone pun tinggal !

Maka tak ada choicelah. Berbondong bondong la memanjat tingkat 5 dengan dua orang anak. Kasih ok je energy dia banyak siap ajak lumba haha. Mama je ketar lutut rasa panjat tangga sambil bawa beban 11kg (Luth haha)

So dah ambil kunci dan handphone, try buka kereta masih tak boleh ! Lastly cuba buka secara manual, start enjin langsung takdak bunyi ! Tengok lampu dalam kereta terpasang, aduhai. Kes lupa tutup lampu ke apa ni. Jam dah 9.30. Whatsapp teacher Luth inform akan lambat sedikit dan call Ngah kalau dia free nak mintak tolong hantarkan. So tunggu Ngah sampai. Duduk dekat tangga lobi je sebab tak kuasala memanjat balik.

Ngah sampai almost 10am. Nak ke kelas, ETA 10.30, rugi masa ! Try call teacher lagi sekali minta reschedule. Mujur ada saaaatu lagi slot kosong this week, tidak burn lah duit kelas minggu ni.

Ok setel bab tu, teman Ngah dan Nina breakfast. Diorang baru balik jogging dan gym, takdan nak cari makan lagi jadi penyelamat kami haha. Lepastu terus pergi rumah Ngah menghabiskan masa, petang baru Ngah hantar balik rumah.

Then, kitorang nak try jumpstart kereta since Abang lately ni busy sangat, balik lambat selalu takut tak sempat nak tengok. Berbekalkan Google, kitorang pun try jumpstart. Ikut instruction,

Mati enjin
Cable merah ke merah
Cable hitam di negatif kereta yang OK, satu lagi attach dekat unpainted metal
Start kereta yang OK
Try start kereta yang K.O

TAK BOLEH START !

Call Abang tanya, Abang kata merah ke merah. Hitam ke hitam. Aku argue kata Google kata lain ! Abang pun taktau nak jumpstart kereta yaaaa (haha ye buruk perangai tak percaya cakap laki sendiri)

Dah beberapa kali start tak boleh jugak, Nina call husband dia tanya. Husband dia kata yang sama, merah ke merah, hitam ke hitam. Wpun Google satu kena Ground tapi biasanya buat hitam ke hitam je.

Ok, trylah.

Ngah connect je cable dekat hitam, ada spark dan alarm kereta terus bunyi. Panik kami ! Haha. Terus try start kereta dan OK ! Alhamdulillah.

Tapi nak bagitahu lah, jiran kawasan sini selfish yarabbi. Nampak dua wanita tengah struggle nak jumpstart kereta terkial kial, tak ada pun nak datang tanya dan tolong. Paling teruk ni jiran sebelah pintu, dia datang parking kereta dekat sebelah kami je lepastu jalan. Well tak apalah, apa pun kami dapat pengalaman berharga jumpstart kereta harini haha

Saturday, December 1, 2018

Perkembangan Luth

Dah lebih kurang 12 sesi speech therapy Luth pergi, memang sangat improve compared than before. Alhamdulillah.

Eye contact semakin bagus
Dah pandai request, Luth nak.. Susu, air, biskut, tidur (any words yang kita ajar dia)
Dah pandai request NAK sambil tunjuk apa yang dia nak
Kenal anggota badan dan tunjuk
Kenal Mama, Papa, Kakak, Tokwan, Tokma, makcik makcik sekalian dan dapat tunjuk orangnya

Kebolehan mengenalpasti dan menunjuk ni menurut kata therapist Luth merupakan satu milestone untuk dia. Alhamdulillah memang Luth cepat sangat catch up.

Favourite activity sekarang, menulis.

Akan datang dekat Mama bawa pen dan kertas sambil cakap, Mama ! Luth nakkkk tulissssss. Allahu happy sesangat tau dengar dia dapat request macamtu tanpa kita ajar dia berulang kali. Dia akan ambil tangan Mama untuk pegang tangan dia dan guide dia untuk tulis, nombor lah selalunya. Hehe. Sampai 99 kenal dah. Dah memang itu interest dia, kena extendkan word dia based dari interest dia tu lah.

Kakak Kasih pun pandai sangat, ikut apa yang Mama buat. Tiap kali Luth angkat tangan mintak barang dari Kakak, Kakak akan suruh dia cakap dulu, Luth nakkk.. Hehe

Good girl ! Pandai tolong Mama ajar Adik. Thank you untuk Papa jugak yang mencari rezeki untuk kita mampu hantar Luth ke terapi. Actually saya berniat nak share serba sedikit tentang ilmu dan cara yang terapis Luth ajar tapi belum ada masa nak buat. Lagipun takut takut juga ada info yang tersalah.

Mama doakan anak anak Mama Luth dan Kasih membesar dengan sihat dan sempurna ya sayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...