Thursday, December 20, 2018

Pengalaman Jumpstart Kereta

Haritu macam biasa, nak bawa Luth ke kelas speech therapy dia. Angkut Kasih sekali sebab tengah cuti sekolah kan. Dan dan la jugak lif pun rosak. Turun bawah, sampai kereta try buka alarm, tak boleh. Aku dok fikir battery alarm habis ke (logik ?) , cari handphone nak tanya Abang, lahhhh handphone pun tinggal !

Maka tak ada choicelah. Berbondong bondong la memanjat tingkat 5 dengan dua orang anak. Kasih ok je energy dia banyak siap ajak lumba haha. Mama je ketar lutut rasa panjat tangga sambil bawa beban 11kg (Luth haha)

So dah ambil kunci dan handphone, try buka kereta masih tak boleh ! Lastly cuba buka secara manual, start enjin langsung takdak bunyi ! Tengok lampu dalam kereta terpasang, aduhai. Kes lupa tutup lampu ke apa ni. Jam dah 9.30. Whatsapp teacher Luth inform akan lambat sedikit dan call Ngah kalau dia free nak mintak tolong hantarkan. So tunggu Ngah sampai. Duduk dekat tangga lobi je sebab tak kuasala memanjat balik.

Ngah sampai almost 10am. Nak ke kelas, ETA 10.30, rugi masa ! Try call teacher lagi sekali minta reschedule. Mujur ada saaaatu lagi slot kosong this week, tidak burn lah duit kelas minggu ni.

Ok setel bab tu, teman Ngah dan Nina breakfast. Diorang baru balik jogging dan gym, takdan nak cari makan lagi jadi penyelamat kami haha. Lepastu terus pergi rumah Ngah menghabiskan masa, petang baru Ngah hantar balik rumah.

Then, kitorang nak try jumpstart kereta since Abang lately ni busy sangat, balik lambat selalu takut tak sempat nak tengok. Berbekalkan Google, kitorang pun try jumpstart. Ikut instruction,

Mati enjin
Cable merah ke merah
Cable hitam di negatif kereta yang OK, satu lagi attach dekat unpainted metal
Start kereta yang OK
Try start kereta yang K.O

TAK BOLEH START !

Call Abang tanya, Abang kata merah ke merah. Hitam ke hitam. Aku argue kata Google kata lain ! Abang pun taktau nak jumpstart kereta yaaaa (haha ye buruk perangai tak percaya cakap laki sendiri)

Dah beberapa kali start tak boleh jugak, Nina call husband dia tanya. Husband dia kata yang sama, merah ke merah, hitam ke hitam. Wpun Google satu kena Ground tapi biasanya buat hitam ke hitam je.

Ok, trylah.

Ngah connect je cable dekat hitam, ada spark dan alarm kereta terus bunyi. Panik kami ! Haha. Terus try start kereta dan OK ! Alhamdulillah.

Tapi nak bagitahu lah, jiran kawasan sini selfish yarabbi. Nampak dua wanita tengah struggle nak jumpstart kereta terkial kial, tak ada pun nak datang tanya dan tolong. Paling teruk ni jiran sebelah pintu, dia datang parking kereta dekat sebelah kami je lepastu jalan. Well tak apalah, apa pun kami dapat pengalaman berharga jumpstart kereta harini haha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...