Saturday, September 15, 2018

Resepi Tomyam Merah Tak Menggunakan Pes Tomyam

Sekarang dekat Shah Alam cuaca sejuk selalu. Sejuk sejuk ni mulalah terbayangkan menghirup sup atau tomyam panas, nyamannya rasa !

Jadi semalam saya masak dinner tomyam. Resepi kalini tak menggunakan readymade tomyam paste. Alhamdulillah, sedap rasanya. Bolehla simpan resepi ni untuk buat lagi nanti :)


RESEPI TOMYAM MERAH (TANPA PES)

Bahan bahan
Ayam/Daging/Udang/Sotong
2 biji tomato *
Sedikit halia *
Bawang holland 1 biji *
Bawang putih 3 ulas *
Daun limau purut
Serai 2 batang -ketuk
Sayuran
Bawang holland -hiris
Cilipadi -ketuk
Lengkuas -ketuk
Air limau nipis
Air asam jawa
Akar ketumbar -cuci bersih, nak masukkan dalam tomyam
Daun ketumbar -hiris halus

Bahan bertanda * diblend

Cara cara :-

Panaskan minyak, tumis serai & lengkuas. Naik bau, masukkan bahan kisar. Masukkan daun limau, hirisan bawang, cili padi, akar ketumbar. Dah mendidih, masukkan ayam. Agak dah empuk, masukkan sayuran. Masukkan jus limau dan sedikit asam jawa (tq Kakju Ahlia Azman , jadi pekat dan masam sedap tomyam saya 😘). Perasakan dengan garam. Rasa agak agak dah cukup masam manis pedas tu ok dah tu 👍 tutup api, taburkan hirisan daun ketumbar ❤

Makan dengan nasi banjir, layanzzzz. Cuba tau !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...