Tuesday, September 18, 2018

Luth's Class @ My Little One Speech Therapy

Harini start kelas ketiga untuk Luth dekat sini. Dia masih belum biasa dengan teacher dan takut takut lagi. Session ni one to one tapi setakat ni Mama join lagi sebab Luth belum biasa. Tapi tak boleh berlarutan sebab bila Mama ada sama, dia jadi distracted dan taknak dengan teacher. So tadi kami try bagi Luth 15 minit dengan teacher berdua. Pergh dia punya nangisssss haha aduii meruntun jiwa. Ketar ketar bibir dan macam trauma nak masuk bilik therapy tu balik takut kena tinggal lagi. Nampak betul dia takut tadi. Sorry ya Luth, this is for your own good tau. Kalau Mama ada nanti awak tak dapat improve dan belajar dengan cepat. Mama tunggu luar, tak lama pun.. Next session akan try 15 minit lagi berdua dengan teacher sebelum betul betul boleh tinggalkan dia for one hour.

So, task kelas sebelum ni Mama kena identified apa mainan/aktiviti yang menarik minat Luth. Antaranya :-

Number puzzle
Bubble
Balloon
Hide n Seek
Peek A Boo
Number book

Basically apa yang berkaitan number memang dia suka

This week punya task, Mama kena identified object/makanan/mainan yang dia point dan request nak. Oh ye! Anyway, Luth dah pandai point sekarang, Mama so happy

Tadi pergi makan, nampak Mama pegang air dia terus automatik point sambil cakap NAKKKKKK !!

Terkejut Mama dengan Cingah tau, sebelum ni biasanya cakap nak aje tapi takde bersungguh macam tadi

Ok i nak share pasal perkembangan kanak kanak dalam nak bercakap ni. Dia ada 4 stages :-

1) Own Agenda
Ni kanak kanak yang masih dalam dunia dia sendiri. Contoh reaction, menangis tapi kita taktau apa dia nak sebab dia tak minta

2) Requester
Stages ni anak dah pandai meminta dengan cara tarik tangan kita dan bawa kita ke tempat yang dia nakkan sesuatu.
    2a) Early requester - anak tarik tangan kita ke tempat yang dia nak sesuatu. Ataupun tunjuk apa yang dia nak. Masa ni ada satu atau dua patah words dari anak.
    2b) Later requester - anak tarik tangan sambil buat eye contact

3) Early Communicator
Tahap ni anak dah pandai nak berinteraksi dengan kita tapi few words. Nak bercerita tentang something, bukan hanya communicate bila ada demands sahaja.

4) Partner
Dapat berinteraksi lebih lama dan bermain lebih lama dengan orang lain. Lebih faham dan boleh berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik walaupun masih ada kesukaran.

Disclaimer - ini simpflified version menurut apa yang saya faham therapist Luth explain. Untuk facts yang lebih jelas, refer yang pakar ya.

So far now Luth masih di peringkat requester, kadang kadang own agenda. Plannya sekarang untuk ajar Luth lebih pandai untuk meminta something, contohnya nak pass apa apa dekat dia, kita repeat cakap,

Luth nak.... susu
Luth nak.... Air
Luth nak.... Tidur

Doakan supaya Luth akan dapat cepat berkomunikasi macam kanak kanak lain ye ❤


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...