Assalamualaikum,
Ini adhoc punya plan. Bangun awal pagi terus jengah dapur, semangat betul. Dah siap masak dalam pukul 11 pagi macam tu terus cakap kat husband, "jom kita berkelah makan makan kat luar, nak ?"
Dua pilihan, Taman Tasik ataupun pantai. Otak tu ligat je mikir nak berjalan kan.. walaupun cuti sehari nak jugak tu keluar :P
So, ke PD lah kita. Dengan dua orang lagi budak haa.. makcik makcik si Kasih tu la. Cikna dengan Ciktin. Terasa jauh pulak perjalanan nak ke PD kalini. Hari tu pergi rasa dekat. Tak sure last time pergi pantai area mana, tapi kali ni ajak husband ke Blue Lagoon. Sumpah jauh gila rasa.. sekali sampai sana nampak papan tanda "sempadan Negeri Sembilan/Melaka" hahahaha padanla jauh, hujung dunia nun.. ayoooo lain kali taknak dah la datang jauh jauh gini day trip. Dalam 4 lebih baru sampai, tapi elok jugaklah. Takdelah panas rembang.
Yang adik adik saya ni taktau plan nak ke pantai, memasing ingat nak pergi taman tasik je hahaha so mereka tak bawak baju mandi kihkih. Yang sengalnya, mama Kasih ni pun sama.. dah tau pergi pantai.. packing baju towel semua lengkap, sekali swimming suit Kasih tak bawak. Tahi betul. Kesian dia mandi pakai pampers kuikui. Pastu dah nak naik tu bogelkan aje terus. Alahai, sorry sayang Mama.. Lain kali kita pergi pantai Mama akan prepare semua barang elok elok k :)
Syoklah Kasih main air hari tu. Sampai kecut la jari. Pulak ada yang rajin melayan kan. Tak Papa dia.. Mama dia ada.. pastu Cikna dengan Ciktin pun ada. Semua take turn :) tq ye adik adik sebab semua rajin layan dan sayang dekat Kasih :)
Ok, jom mulakan pagi Khamis ni dengan bismillah.. Have a great day ahead !! Bai.