Monday, February 10, 2014

Bento #2

Assalamualaikum,

Poyo tak Mama Kasih ni yuhols haha. Baru hari kedua berbento gegediks je nak update kat blog. Kalau besok besok tu saya senyap je tu paham paham ajelah ye. Tapi saya doakan supaya minat dan hobi yang baru nak develop ni akan berterusan sampai Kasih dah besar, amin.

Bukan nak show off. Jap lagi ada yang tak senang pulak dengan saya :( tapi sebagai motivasi untuk diri saya supaya istiqamah dalam menyediakan bekal anak. Sejak Kasih tukar taska ni (awal tahun haritu, ni nanti saya nak cerita jugak), tak pernah lagi lah saya mengelat buat bekal Kasih. Saya ni cerewet. Tolong jangan menyampah hahah. Yelah saya kan terpaksa bekerja sekarang. Tak dapat nak jaga dan mengadap Kasih 24/7 gitu. Jadi saya cubalah adakan juga personal touch saya untuk masa dia di taska tu. Sebab tu lah sekarang pun pagi pagi sebelum hantar Kasih ke taska, saya akan mandi dan siapkan dia dulu :)

So, menu hari ni..


Bubur ayam + bayam + zuchini. Blend hancur mengikut kehendak tekak anak. Datang mood dia nak makan kasar kasar karang, kasar la jugak saya buatkan. Janji dia nak makan. Untuk snek, sebiji epal merah dengan biskut butter. Resepi biskut butter di sini --> Homemade Butter Biscuit for Baby


Comel kan bekas ni. RM 5 je kat Daiso. Rambang mata masuk Daiso ni ha. Semua nak dicapai. Maaflah ye saya ambil gambar takde nak setup ke hape. 


Anak dara kesayangan yang tertidur lepas mandi dan bagi susu. Sayu rasa hati bila pagi pagi nak pergi kerja kena kejutkan dia, masuk dalam Boba lepas tu masuk dalam carseat pulak. Masa hantar kat taska tadi pun masih lagi lena. Hmm, kena usaha keras dari sekarang supaya di masa akan datang saya akan dapat menikmati setiap saat Kasih Safiyya membesar :)

Anyway, bulan ni Shaklee buat promotion buy 6 free 1 --> VITALEA. Vitalea ni multivitamin tertua di dunia ye uols. Sehari cuma ambil sebiji saja dah cukup. Basic vitamin untuk semua orang. Untuk yang mengalami masalah tekanan darah rendah pun memang elok sangat ambil. Harga murah aje, tak sampai RM100 pun sebotol ni ha. Kalau nak, whatsapp saya ye 019.668.3098.



3 comments:

farrah said...

Lama tak tinggal jejak kat sini. I will support you Izza! Teruskan usaha untuk menjadi WAHM!!!! You can do it, girl!!!!

Comelnya Kasih... Dah besar dah anak dara ni. Cepat betul masa berlalu kan...

farrah said...

Lama tak tinggal jejak kat sini. I will support you Izza! Teruskan usaha untuk menjadi WAHM!!!! You can do it, girl!!!!

Comelnya Kasih... Dah besar dah anak dara ni. Cepat betul masa berlalu kan...

juelee said...

jiayukkk izza... kita pn dr rayyan 6 bln smpi 2 thn.memang btkan bekal tok die.. rayyan x pernah mkn nestum or any instant food, seme homemade.. natijahnya sampai skang die kurang suka mkn luar huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...