Tuesday, January 28, 2014

Cheezy Chicken Balls - Made With ♥

Assalamualaikum,

Dua tiga menjak ni saya rasa macam ada jin rajin masuk ke dalam diri ni heheh. Haritu saya ada cuba buat nugget ayam untuk Kasih saya. Dia suka sangat makan. Maka, makin semangat la Mama nak buat macam macam kan :)

Ni idea dari adik saya la. Kata resepi ni sedap. Saya pun cubala buat.


Cheezy Chicken Ball

Bahan bahan
4 biji kentang
Isi ayam
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Cheddar Cheese - slices
Breadcrumbs - saya bakar roti dengan suhu paling slow dalam oven dalam 10-15 sampai betul betul garing lepas tu blend kering / tumbuk / ramas dengan tangan sampai hancur.
2 biji Telur kuning

Cara cara
1. Kupas kentang. Rebus kentang bersama dengan isi ayam sehingga empuk.
2. Dah empuk, toskan air. Lenyekkan ubi dan isi ayam. Campurkan bawang merah dan bawang putih. Gaulkan adunan.
3. Sediakan kuning telur dan breadcrumbs siap siap. Bentukkan adunan tadi bulat bulat, agak agak la saiz dia.. Letakkan cheese kat tengah, bentukkan bulat lagi.
4. Salut bebola tadi dengan kuning telur dan golekkan atas breadcrumbs. Buat double coating untuk elakkan adunan pecah masa menggoreng.
5. Panaskan minyak dan deep fried. Sedap oh !!

Saya buat adunan tu, dapat lebih kurang dalam 30 biji bebola tu. Separuh saya frozenkan, separuh saya goreng. Masa tu kat rumah MIL, bebudak adalah 3 orang termasuk my Kasih. So saya agak agak cukuplah dalam 10-15 biji untuk diorang. Sekali semua orang pun hadap hahaha tak cukuplah pulak yuhols :P Saya buat bebola ni tak bubuh garam tau, pun laku kihkohh. Sebab rasa masin cheese tu dah cukup kot. So, next time kena buat lebihlah. Memang saya tak sangka pun orang tuju bebola cheese tu hari tu.. Yelah, ingatkan baby je nak makan :P

Tips untuk korang menggoreng tu, pastikan minyak betul betul panas. Kemudian double coat bebola korang, hokey ? Supaya tak pecah macam bebola saya yang first tu hehe.

Selamat mencuba !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...