Tuesday, December 17, 2013

Constipation | Sembelit

Assalamualaikum,

Korang pernah mengalami masalah baby sembelit tak ? Lately ni kerap pulak Kasih ni kena sembelit. Dah cuba bagi prune, pir, pumpkin tapi tak jalan. Dah dua kali saya tengok dia poo poo ada darah. I is takuit tahu tak. Worried to the max, feel like crying seeing her in pain Y_____Y

Malam tadi, worst. Dia tak boleh tidur. Memang dah tak poo poo dua hari. Saya pun dah pesan pada BS yang Kasih tak berak dua hari. Masa jemput dari taska semalam, tanya BS dia kata Kasih ada berak. Keras sikit je mula mula. Then ok lah. Saya pun legalah Kasih dah berak untuk hari semalam. Tapi bila tiba malamnya, dari pukul 11 Kasih asyik merengek. Dia tak boleh tidur. Ingatkan panas, bukak baju. Merengek lagi, bukak seluar. Kipas kipas, bagi susu. Lastly bukak aircond sebab ingatkan dia panas. Saya malas nak pasang aircond sekarang sebab Kasih sedang batuk selsema walaupun tak serius tapi nak cuba elakkan jadi serius la tu. Jap lagi pukul 1 dia terbangun, menangis. Pujuk pujuk dodoi OK tidur. Pukul 2 lebih terjaga lagi. Saya dah mati akal dah. Kesabaran pun makin nipis lah. Anak menangis tak tahu punca kan. Baby bukannya reti bagitau pun sakit tang mana. Dok sapu jugak minyak dekat perut semua. Urut urut sikit, tidur balik. Pukul 3.30 dia terjaga lagi, menangis lagi kuat. Saya duduk atas katil. Kasih datang baring kat riba saya, urut urut badan dia. Lepas tu terdetik dalam hati, Kasih nak berak ke ni. Saya pun buatlah senaman yang kayuh basikal tu, kan elok untuk sembelit kan. Bantu dia nak berak. Lepas tu kan, saya tengok Kasih terus pappp lena. Tak sedarkan apa dah. Check pampers dia, poo poo dia keras :( Siap ada darah lagi. Takutnya iols. Sedih dan kesian dengan Kasih :( memang betul dia sakit perut tak boleh tidur dari awal tu. Manalah mama dengan papa tahu. Memang lepas berak tu terus lena dia tidur, lega rasa.

Tapi Mama dengan Papa dah macam panda O__O mengantuk yang amat. Pagi ni amik time slip, bawak Kasih jumpa paed. Dah check semuanya ok, dapat ubat Lactolase. Actually saya ada baca blog Dr Zubaidi memang ada bagi cadangan beli Lactolase ni sebab boleh beli over the counter aje, tak perlukan prescription. Tapi to be safe, takpelah kita jumpa jelah paed. 

#ootd ke Pakar Kanak Kanak Dr Meghana :P

Doktor nasihatkan pantau dia punya diet lah. Apa apa pun, puncanya mesti dari makanan kan. So lepas ni kena lebihkan lagi sayur hijau dalam diet dia. Biasa bubur saya akan letak pumpkin, brokoli, sweet peas, carrot. Depends apa yang ada kat rumah lah. Doktor suruh bagi bayam hari hari. Ada hari harinya yang saya tak sempat nak masak bekal Kasih, akan mintak tolong BS dia masakkan. Mulai hari ini saya berazam no more skip masak bekal Kasih. Hari hari MESTI akan masak.

Lagi satu, saya baru tahu rupanya kalau kurang makan pun boleh menyumbang pada masalah baby sembelit ni. Sebabnya bila makan sikit, tak cukup 'isi' nak membuang. Dan kalau kurang minum air pun sama, boleh bawak ke masalah ni. Doktor suruh beli probiotics untuk Kasih. Tunggu lepas Kasih setahun, saya akan bagi. Oh anyway, lagi 2 minggu saja Kasih nak setahun ! How time fliesssssssssssss..


5 comments:

sharEna said...

Naurah pun dulu mcm ni jugak. Bagi vitagen pon ok gak yunk sbb utk usus perut tu sihat. Yup. Probiotics pun Naurah consumed kejap utk kes sembelit ni. Bagus jugak. Beli brand Kordels. Pricey sket ah. Tp mmg elok sbb dia regenerate balik tisu usus yg dah problem tu. Anak pun kurang dpt flu & demam. Rasa pernah buat n3 dulu kt blog

Lactulose tu gula je sbnrnya. Aku risau anak jd hyper je sbb lebih gula. Tp doc kata sokay je xde ape. Hehehe

~daRLee ZuRiS~ said...

Muqri pun kdg2 berak keras gak. Biasanya aku perah bg limau sunquick tu sesudu. Alhamdulillah, pastu mesti membuang elok. Dan kat umah harus ada stok limau sunquick. Heheee...

Zumie said...

sian kasih...:(

cptnya dah setahun syg...

lily lotus said...

tak sihat pun tatap maintain comel tau dia..

ietams said...

ala siyan..kasih.
kejap nya dah nak setahun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...