Wednesday, July 4, 2012

Pembaziran Makanan

10 bulan 2 hari bergelar isteri, saya masih belum pakar lagi dalam nak mengagak agak berapa banyak kuantiti patut dimasak untuk dua orang. Kalau nasi tu, tahu sangat dah cukup cukup 1 pot tu just nice lah. Tak terlebih, tak terkurang. Tapi kalau tiba tiba hari tu rasa nak masak special sikit ataupun hari tu selera jin datang, masaklah 1 suku ataupun 1 setengah pot. Yang saya selalu failed nak agak ni adalah lauk, terutama yang berkuah. Kalau yang masak ayam ke ikan goreng tu takpelah, tau nak agak. Dah dua orang, dua ekor lah yedak ?

Contohnya kalau masak sup ke, kari ke.. Selalu berlebih banyak kuah tu. Dengan isi isinya macam sayur, kentang, fishball tak habis. Isi utama ayam ke ikan ke daging tu of course lah langsai. Saya pulak jenis tak suka lah nak simpan simpan ni. Saya suka setiap kali masak, selesai tang tu jugak. Boleh nak cuci periuk semua tak perlu nak simpan simpan dah. Nak simpan pun, tinggal kuah aje kan dengan isinya tu lah. Ada orang kreatif, esok boleh panaskan balik tambahlah apa yang patut kan. Tapi, lalu nak makan dua hari berturut lauk yang lebih kurang sama ? Hari ni sup, esok sup lagi ? Saya tak berapa lalu, hehe. Jadinya, kadang buang je kuah berlebih tu. Sayang sungguh rasa.

Macam buat mi kari ke, mi sup ke, kuah banyak lebih.. Mula mula memang simpan lagi sebab fikir oh esok esok kita nak makan, kita celur mi je lah. Berhari dalam fridge, takde rasa nak makan pun. Sudahnya buang juga. Alahai, sayang sangat rasa main buang buang je makanan kan. Korang kalau memasak kuah kuah ni macam mana agak ? Ke memang normal la tu makanan berkuah ni selalu tak habis mesti ada je baki kuah dengan isinya sekali tu.. Kalau takat kuah je takdelah rasa sayang sangat kan.. Err sampai ke tidak entah pertanyaan saya ni. Hehee.

Lagi satu saya kalau masak sayur, tak reti nak agak banyak mana nak potong. Haha sayur ni kan selalu kecut bila kita masak.. Jadi masa potong biasanya nampak banyak, dah masak jadi sikit je kan. Atas dasar nilah, potong kemain banyak. Masuk kuali, ha kauuuu banyak gila sayur saya masak. Hahahaa takpelah makan sayur banyak baik untuk kesihatan kan (pujuk diri sendiri)




3 comments:

farrah said...

kamu, mengapakah begitu? wakakaka takpelah kuah kalau tak habis, don't feel guilty, sayang :) it's normal, sebab mood nak makan ni kadang-kadang varies kan. maybe hari ni kena marah dengan boss walaupun lapar selera takde. esok pulak tiba2 boss puji lebih2 terus rasa berselera lebih dari biasa :) so takpe kalau terlebih sudah tu hehehe... it's normal. kita yg dah nak masuk 5 tahun kahwin pun masih selalu buang-buang lauk huhuhu...

wah nasi 1 pot je! kita plg minimum 2 pot okayyyyy! wakakakaka.

sharEna said...

selalunya akulah yg kena tapau bwk opis klu lauk mlm x abes.habi manelah nk makan lauk smlm kan?lelaki mmg particular sket kowt bab nie.nak buang, membazir amalan syaiton. so aku tapau ajelah opis.kdg mkn pagi kdg mkn lunch.kdg x lalu buang jgk wkwkwkww

kdg mlm2 aku ratah aje lauk2 tu..tu psl gemok wkwkwkw

De' Nurul said...

1 pot? amboi cukup ke? berdiet eh korang? hahahahah alah sayur kalau jenis berdaun cam bayam kangkung tu kalau ko beli seikat seikat je la masak sebab nnt kan dia kecut. mmg la nampak banyak tapi tak pun sena nye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...