Tuesday, July 31, 2012

Family is my priority

Dalam hidup saya, saya memang letakkan family yang teratas sekali. Whatever it is, family comes first. Tak ada siapa yang boleh bagitau saya supaya buat sesuatu benda yang membelakangkan family saya. Lagipun saya ni sebenarnya seorang yang degil, dah kalau namanya degil tak payahlah orang nak bagitau saya kena buat macam tu, macam ni untuk jadi sekian sekian. Bukan saya tak boleh terima pandangan, tapi kalau setakat cakap cakap kosong tu, hentikan je lah. Sebenarnya saya marah ni sebab bila saya nak balik kampung, ada pula yang cakap kalau balik kampung selalu, macam mana nak simpan duit. Sebab tu lah tak boleh nak simpan duit, sebab asyik balik kampung. Cuba cakap, sebulan sekali tu kerap ke ? Sebenarnya saya memang tak amik port pun apa dia cakap tapi saya cuma nak bagitau je, serius anda mengjengkelkan sangat.

Jadi, minggu lepas saya spent weekend di kampung. Lama sungguh tak balik. Last balik awal bulan June. Tsk. Gerak hari Jumaat malam lepas berbuka, plannya nak berbuka dalam perjalanan nanti je tapi saya ni balik kerja dahla pukul 6.30 baru sampai rumah, lepas tu kemas rumah lagi buat itu ini sedar sedar dah azan heheh. Sampai rumah pun dah tengah malam. Mak saya masak mi bandung pulak tu heheh yayy sedapnya.

Dekat rumah saya ni, memang jenis sahur meriah. Semua orang kena bangun sahur. Selagi tak bangun, selagi tu ayah bising kejutkan hahah. Masa sahur, mak akan masak macam macam lauk panas yang sedap sebab nak pancing selera anak anak :') Biasa kat rumah, kitorang akan bangun sahur pukul 5. Makan makan makan sampailah waktu imsak.

Hari Ahad pulak, suami kata tak kisah kalau nak balik lepas berbuka. Cuma harapnya jangan jammed ajelah jalan kan. Yang bestnya, mak nak masak apa semuanya mengikut selera saya heheh syioknya mak kata teringin nak makan apa apa, bagitaulah hewhew bestnya selera dilayan begini :P hari tu kitorang start masak awal, dalam pukul 1 lebih dah start masak, sebabnya nak kena hantar adik saya balik asrama dekat Gerik. Dah alang alang tu nak singgah jenguk opah sekejap dekat Gerik juga.

Masa sampai rumah opah, saya rasa sayu sangat tengok opah tinggal seorang. Rumah opah pun dah tak macam dulu. Bahagian belakang dah ada rumput yang meninggi, pokok pokok pun macam tak terjaga. Sedihnya hati saya tengok. Mak ajak opah tinggal dengan kami masa bulan puasa tapi biasalah orang tua selalunya mana nak tinggalkan rumah sendiri kan. Lagipun opah ada kawan dekat situ, alasannya kalau datang rumah anak anak nanti kesian jiran takde kawan. Setahun lebih dah saya tak menjejakkan kaki ke rumah opah ni. Dari sebelum saya kahwin tahun lepas. Memang lama sangat. Rumah opah ni jenis rumah tiang. Saya tengok tangga nak naik rumah opah pun dah ditukar papan dia supaya lebih kukuh. Kalau anak tangga yang lama tu, kecil kecil aje kemungkinan nak jatuh ikut celah celah tangga tu memanglah tinggi heheh.

Masuk je rumah opah, saya terasa macam kecilnya. Terasa sempit rumah opah. Rumah tempat kitorang berkumpul ramai ramai setiap kali raya, kenapa saya terasa lain sungguh. Jenguk dapur opah, rasa suram je. Padahal bila semua berkumpul, memang meriah sangat. Ini pertama kali suami sampai ke rumah opah. Saya tengok opah gembira cucu datang jenguk, asyik peluk cium sebak hati saya ni. Tapi ralat juga sebab kami mengejar masa, nak cepat nak balik berbuka dengan mak ayah saya kat rumah pulak, kalau tak mesti boleh temankan opah berbuka. Takpe, raya nanti saya balik rumah opah lagi ye :')

Korang dah balik berbuka dengan family bulan puasa ni ? Minggu depan nak balik rumah mak ayah lagi yayyyyyy !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...