Monday, April 23, 2012

Love

Sabtu lepas, mak ayah saya datang rumah. Yeay, seronoknya dapat makan masakan emak. Hehe. Emak belum sampai lagi, otak dah mereka-reka apa yang nak dimakan nanti :p

Hari tu emak ada hint cakap dia nak beli handbag baru. Saya dah niat nak belikan nanti tapi agaknya emak tak tahan tunggu kot, dah alang-alang datang sini.. Terus keluar shoppinglah. Seronoklah diorang shopping semua ayah belanja. Tsk, ayah kata saya dah kahwin so bukan tanggungjawab ayah lagi.. Nak shopping mintak duit kat suami. Hahaha. Kfine ayah T_T


Emak ayah datang hantar Kakngah balik Shah Alam sebenarnya. Kakngah dah sihat, alhamdulillah. Cuma masih kena pergi buat check up lagi lah nanti. Tengok tu, dia sakit hari tu jadi kurus keding sudah. Tapi takpe, lepas ni makan banyak-banyak bagi gemuk ye !



Sebabkan family ramai, jadi tak muat naik satu kereta. Kena bawak dua kereta jugak. Saya takdelah harap ayah nak drive dari rumah saya ke OU. Tak harap langsung. Haha. Ayah mana biasa jalan KL :)

Nak suruh Kakngah yang drive, dia pun 2x5 jugak. Tak berapa reti jalan area sini. Jadi, saya drive kereta ayah. Terpaksa naik kereta asing dengan suami, tsk :p

Biasalah hari minggu kan, punyalah banyak kereta. Dari Subang Bestari nak pergi OU pun makan masa lama gila. Walhal dekat aje. Dah masuk OU, satu masalah pulak lagi. Parking. Ayah saya cakap, kalau ayahlah takde dah nak pergi tempat macam ni, payah. Haha. Biasalah tu ayah, mall dekat KL ni mana aje yang tak penuh, kan? :)



Penat sangatlah semalam, jalan dalam OU tu dari hujung sini ke hujung sana. Aterr, parkingnya dekat Jusco tapi nak pergi Parkson. Dah sedaya upaya cari parking dekat area Parkson tapi pusing punya pusing, kita parking je lah mana yang ada, kan ?


Memang weekend yang sungguh gembira :)


10 comments:

kai said...

bestnye berjalan-jalan dengan keluarga!

nanonano said...

mintak tlg skit boley x?
klu pkai tdung tu cer tarik skit ke atas, ni dah rupe nk trluncut ke bwh je tdung, eeee klu depan aku ni sah2 aku tarik ni, hahahahhaha

Hana Soffelia said...

Weee...seronoknya hang out sama2 dgn family. Hana pun tak sbar ni nak tggu family dtg next week. Kali ni nak bawak family pusing2 Kuatan, maklumlah mak dtg bln 1 hari tu Hana still alahan lg, xblh berjalan sgt.

sharEna said...

skirt poplook kah? cantek.

Ayuraza said...

jeles tengok skirt...comellll sangat..:)

~daRLee ZuRiS~ said...

die nak tutup tang tu lah na.iskk iskkk... ;p
tapi kan, ko nampak 'berisi'. Kah???

Zie Madini said...

bestlah jejalan sefamily cam gnie. lama dh aku tak jejalan sefamily serta dgn adik bradik cam gnie.

selalu weols bertiga emak je...huhu. jeles lah kejap :P

Psstt...love ur red maxi skirt!

Erina Asmawani said...

spend time ngan family g jejalan adalah sgt best kan ;)

Zumie said...

haha..lawak komen na tu ...adik badik sume lawa2 wink wink

Ietams said...

Akk & en. Hubby mmg tak minat sgt ke ou, dan semua la yg kat area situ, termasuk la the curve ke ikea ke... Problem jammed tu satu, jenuh cari parking lagi.... Haiiihhh letih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...