Thursday, March 22, 2012

Yang Suami Saya Tak Suka

Semalam sembang dekat Twitter, Zaza ada sebut pasal masak singgang. Terus saya terliur, singgang ni memang kegemaran sangat. Sedapnya kuah dia hirup-hirup pedas masam manis semua ada tu. 

Tapi..

Masalah kat sini, suami saya tak suka masakan singgang. Dan saya pula adalah suka sangat. Sebagai seorang yang degil, saya nak masak singgang jugak jugak. Tapi tak bagitau suami pun. Masa prepare barang tu semua dia adalah jenguk dapur tanya nak masak apa tu. Saya jawab, masak biasa-biasa je. HAHA pandai ye. 

Saya pun takdelah kejam sangat masak satu lauk tu semata. Dah tau suami tak berapa suka kan, maka goreng ikan untuk dia. Hahahaha. Goreng ikan je kan, hep. Itu favourite dia tau tak.


Oh, yang bulat-bulat tu terung goreng ye. Hari tu lah suami saya buat request pelik nak makan terung goreng telur katanya. Saya tak pernah dengar lalu google. Rupanya terung celup telur lalu goreng. Kekekee. Tapi yang saya buat ni saya guna tepung goreng ayam rangup tu.


Close up. Tapi ni hari tu punya, yang first time buat. Buat, sedap pulak tu. Maka, repeat lagi. Senang pun senang. Itu yang kita nak sebenarnya :p

Anyway, nak share.. Saya guna tepung goreng brand Bestari. Serius sedap dan best !!

Picture credit to here


Siapa die hard fan masakan singgang, angkat tangan !!

Perlu ke saya share resepi singgang ni ye. Nak share pun segan, sebab senang sangat :p


10 comments:

~daRLee ZuRiS~ said...

Tak berapa suka gak.heheeee

nanonano said...

mika!!! peminat tegar singgang.
terung grg tu aku baise bt, sdp rase mcm kentang.
erm bestari xpenah tgk lak T_T

Hana Soffelia said...

*angkat tangan* ----> nampak tak? haha

Satu lagi kan daging rebus. Pun sedap and senang. Rebus daging tu macam baisa sehingga empuk. Tumbuk serai, cili hijau (lebihkan serai). Hiris bawang merah. Cara penyediaanya, masukkan daging dalam mangkuk, masukkan serai n cili padi yg ditumbuk, masukkan garam, hirisan bawang dan perahan limau nipis. Pergh~~ sedap gla. ^_^

♥z@z@♥ said...

sedap oh singgang..wah, x pernah mkn terung goreng nie..mmg sedap ke?sbb kami nie nk try makanan pelik² takut ckt..hehe

Erina Asmawani said...

ena join suami izza lah..tak minat singgang gak..hehe

Amie said...

Biasanya masakan yang senang dan ringkas itulah yang lebih sedap!

Zie Madini said...

tak pernah plak aku dgr masak singgang. maybe kat sini lain kot panggilannya.

apa yg penting, turn ko lak buat aku melior. cisssss! hehe

sharEna said...

mlm td aku masak singgang ikan kembong...kehkehhh...dlm tu humban sekali carrot n kentang. stok sekali dgn sayur. maka itu ajelah 1 lauk yg aku masak kehkehhh

kes suami mkn luar sbb main badminton. mls nk masak beriya. msk yg naurah boleh makan sbb x pedas =P

pRincESs_N said...

sll makan singgang ikan...daging x pnh lg...menarik je tepung tu,,,

chik star said...

fmly akk, akk, adif suke gile, lg lg ikan kembong, tp papa die xsuke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...