Tuesday, March 27, 2012

Solemnization Night

Jumaat, 16 Mar 2012 merupakan hari pernikahan gadis kegemaran saya. Sebagai kawan baik, nak mathiiiiiii kalau tak datang ? Hahaha jadi Jumaat tu saya dengan Zatil ambil cuti. Panjang betul kisahnya sebelum kitorang nak sampai ke rumah Gg dekat Gopeng tu tau.

Kisahnya, Khamis malam saya, suami dan juga Cik Zatil gerak pergi Teluk Intan dulu. Ada hal sikit di sana, panjang ceritanya kalau nak tulis semua :p

Esoknya selepas Subuh (pukul 10 pun kira lepas Subuh, kan :P) saya dengan Zatil gerak ke Gopeng. Berdua. Suami saya pulak pergi melepak dengan kawan-kawan dia. Yelah, inikan hal perempuan. Nanti kesian pulak dia kalau nak drag sama melepak dengan the girls. Hehee. 

So, this is us at Gg's home.


Sampai je sudah diberikan tugasan berat. Hahaha :p 

Beratlah sangat, mintak tolong pergi rumah kawan lama untuk passkan kad jemputan Gg aje. Bagus kan, busy bebenar minah tu, esoknya nak kahwin hari ni baru nak pass kad -____-"

Lepas tu, weols pergi settlekan hal bunga tangan Gg semua. Dan saya berasa sungguh gembira dan muda remaja berjalan-jalan dalam Jusco berdua sahaja dengan Zatil. Lepas tu siap makan dekat food court, sungguh mengimbau kenangan. Haha lama gila kot takde peluang keluar berjalan berdua-duaan begini.

And this is the photos during the night. 



Banyak betul drama yang terjadi but cut it short, gadisku tidak lagi bergelar gadis. HAHAHAHA. Sorry sorry gurau aje :p 

I am so happy for her. Diorang pun bercinta tak lama.. Bertunang pun baru je bulan 11 tahun lepas. Boleh click sini kalau nak tengok gambar Gg bertunang --> GG'S E-DAY
 

My another favourite girl. Perempuan ni pun esok-esok dah nak kahwin juga. Tskkk. Nasib baik saya orang pertama berkahwin jadi tidaklah rasa kesunyian sangat girlfriends dah kahwin. Hahahaa. I am soooo selfish yes I know :p

Dan terima kasih En Suami sebab baik hati benarkan saya melepak with the girls. Baik hati pula jemput saya malam tu. Heheee. Suami saya sporting tau, kawan-kawan saya ni kawan-kawan dia jugak :)


To the newly weds, happy honeymoon dear ! Dengan ucapan, jangan ganas-ganas sangat ok. Haha :p

Love you guys . So much . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...