Saturday, March 10, 2012

Si Mata Biru


Comelkan si mata biru kami ;)

Dahlah comel, manja pulak tu. Dah pandai berak dekat pasir, tak perlu saya susah hati nak train dia. Hehe. Suami pun senang hati, sebab tak perlulah dia nak kena cuci rumah nanti kalau Ace ni berak merata. Keke. 

Kecik sangat lagi dia ni, baru dua bulan. Paksa minum susu semalam, taknak pulak dia. Geram betul, masa dekat rumah girlfriend tu elok aje dia minum. Adakah saya bancuh susu tak sedap ? T___T amboi kecik-kecik dah pandai protes ni :P

Semalam biar je dia lepas bebas dalam rumah. Tak sampai hati nak kurung. Lagipun dia dah pandai bawak diri, tak kencing berak merata. Setakat ni lah. Kalau lepas ni buat perangai, awasssss saya kurungkan awak ye.

Gemuk tau dia ni, pendek pulak tu. Kahkah kaki ketot, jalan kedek-kedek serius comel gila geram geram geram aaaaaa !!

Nanti saya update lagi cerita dia, ok ? 

:D

P/s Adik-adikku, sila percaya kakakmu ini sekarang ada kucing sebagai haiwan kesayangan bersama suami. HAHAHA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...