Saya sedang nervous sangat ni.
Nervous.
Saya bukan seorang pencinta kucing. Tetapi suami saya, ya. Sangat sukakan kucing. Tapi saya bukanlah tak suka langsung, mana yang comel tu bolehlah buat main. Hehe, kalau pergi rumah kawan ada kucing yang comel, saya tumpang gomol juga kadang-kadang. So, dari situlah timbul perasaan geramlah pulak tengok kucing ni kan. Tapi, sampai situ jelah.
Beberapa hari lepas, girlfriend call tanya saya nak adopt kitten tak. Saya dan suami terus sebulat suara bersetuju nak adopt this kitten.
Suami saya memang paling excited. Pergi beli carrier, makanan, pasir semualah kelengkapan kucing tu. Eh, tapi ada benda tak beli lagi ni. Mainan dia :)
Hehe, excited dapat anak kucing. Mengalahkan dapat anak. Ini baru anak kucing, kalau dapat anak sendiri nanti hehehee mesti super duper excited kan :D
Ni saya share gambar.
Comel kan ♥ Half breed, warna silver mata biru kekeke
Sekarang nak cerita, kenapa saya nervous..
Seumur hidup saya, tak pernah hidup serumah dengan kucing. Oh, btw kucing ni masih belum dapat ke tangan saya. Malam ni baru nak pick up dekat rumah girlfriend. Jadi selepas malam ini, rumah kami akan ada penghuni kenit ni. Hehe.
Saya suka, suka sangat. Dalam masa yang sama, saya risau dan nervous sangat. Apa saya nak buat kalau dia berak atau kencing merata ? Tapi rasanya Ace ni dah dilatih, harap-harapnya takde masalah kencing berak merata ni lah. Ini yang paling saya tak tahan sebenarnya T_T
Macam tak boleh bayangkan pulak ada kucing kat rumah. Haha serious. Saya ni memang overthinking betul. Berdebar rasanya nak jumpa Ace malam karang. Haha over kan.
Kat sini ramai pencinta kucing tak ? Nanti kalau ada apa-apa yang saya taktahu, saya tanya kat sini.. Ada orang boleh tolong jawab tak ? :P