Thursday, February 16, 2012

Resepi Asam Pedas Ayam

First time cuba resepi asam pedas ayam ni. Tengok dekat blog CMG lah ni, selalu sangat dia buat asam pedas ayam kan. Katanya makanan orang Johor. Saya memang seumur hidup tak pernah jumpa makanan ni lagi. Hehe. Jom check resepi.


Asam Pedas Ayam
Resepi : Cik Mat Gebu

Bahan-bahan

1 ekor ayam, potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
1 biji nenas madu saiz sederhana, kupas dan hiris sederhana tebal
1 genggam daun kesom
2 batang serai, dititik
2 cawan jus asam jawa
3 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

*8 biji bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 3 biji buah keras
* 3/4 inci kunyit hidup
* 1/2 inci belacan
* 3/4 camca teh lada hitam

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis serai sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi. Masukkan cili kisar, kacau dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga kecut sedikit. Tuang air secukupnya. Kacau dan apabila mendidih, masukkan daun kesom. Bila ayam 1/2 empuk, masukkan nenas dan jus asam jawa. Kacau sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga ayam empuk dan nenas menjadi lembut. Hidangkan panas-panas.

Pada pendapat saya, resepi ni memang sedap ! Sedap rupanya ayam bila kita buat asam pedas ni. Cumanya saya masak semalam takdelah sampai seekor, takkan seekor nak makan dua orang kot. Hehe pandai-pandailah adjust kuantiti dia kan. Lepas tu nenas saya tak masukkan, ganti dengan bendi dan tomato.


5 comments:

~daRLee ZuRiS~ said...

Akak tak pernah makan asam pedas ayam.sedap ek....

sharEna said...

org johor cam aku biase ler mkn ayam asam pedas neh. tp sejak kawen mcm x pernah masak. takot habi kate pelik kot. hihi..maybe blh try jgk la pasnie. jgn aku mkn sorang sudah hukhuk

nanonano said...

wahhhh serius terliur weh,
tp mata aku tetap nmpak ikan msk asam pedas, hahhaha maybe sbb xernah jumpe ayam msk asam pedas kot,
nak try pun mcm xbrani je :p

dhiera said...

saya paling suka daging masak asam pedas~

pRincESs_N said...

boleh try ahh pasni..menariks...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...