Tuesday, February 28, 2012

Aimar Corner TTDI Jaya

Ni pengaruh Kak Mass la ni :P

Terus saya pun ajak suami datang makan sini. Yelah, katanya sedap dan murah. Dah tu, dekat je dengan rumah kitorang. Mestilah pergi, kan :D

Nak cari dia tak susah sangat pun, kalau dari Guthrie tu traffic light belah kanan masuk Giant Shah Alam.. Nak pergi Aimar Corner, sila ambil simpang ke kiri. Terus je lagi sampai nampak Esso. Lepastu pusing je lah dalam tu, dia memang belakang Esso tu je pun. 

Jadi, disebabkan tengok beberapa review orang asyik recommended char kuetiau dia.. Jom kita try. Ambil sepinggan je sebab lepas ni nak melantak macam-macam lagi. Haha. Datang waktu perut kelaparan gila, pukul 10 malam dah kot time tu, baru nak dinner. Mana taknya, selera makan macam bela jin.


Char kuetiau. Rasanya sedap. Dan cepat sangat dia buat. Dalam 5-10 minit lepas order terus je sampai. So, kalau dah lapar sangat tu, order ni dulu. Sebab yang nasi ataupun goreng-goreng tu adalah lama proses menunggunya T______T


Lepas tu, makan nasi pulak :P



Lauk macam-macam. Meriah kot. Dan murah. Dan sedap.

Kat bawah ni saya share diorang punya set promosi. Rasanya memang murahlah.



 Overall, adalah sedap ! Thank you Kak mass kerana recommend kedai ini

:D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...