Thursday, January 5, 2012

Taman Rekreasi Gunung Lang

Jyeahhhh saya dan suami dan adik-adik semuanya menghabiskan masa hujung minggu di kampung. Seronok betul wuwuwuwuwu.


Oh, another story.. Saya ni terlampau rileks, ke terlampau sibuk entahlah. Passport masih tak buat lagi. Jadi disebabkan Pejabat Imigresen kan buka di hujung minggu tapi cuma setengah harilah ye, Sabtu lepas saya dan suami gigihla sangat bangun awal sebab nak pergi buat passport kat Imigresen Jelapang. Sabtu tu kan 31hb Disember. Secara logiknya masih belum cuti kan. 

Pastu bila kitorang dah sampai kat sana, tengok parking kosong je. Lengang semacam je. Dup dap dup dap jantung ni. Sekali tanya guard tu, memang yeee. Diorang tutup 31hb sampai 2hb Januari. Eeee mana nak tau diorang start cuti Sabtu. Dahla awal pagi lagi dah keluar rumah. Dah tu takkan nak terus balik kot ?

Jadi otak saya ni mula la merangka kan. Ada je dalam kepala otak tu. Search tempat menarik kat Ipoh guna GPS. Haha macamkan kau tu bukan orang Perak pulak. So, ada keluar satu tempat rekreasi ni. Taman Rekreasi Gunung Lang nama dia. Kebetulan abang dekat ofis pun ada sebut pasal tempat ni hari tu, katanya cantik. Dah takde apa nak buat ni, jomlah kita..

Harapkan suami snap gambar beginilah. Muka tak ready dibaginya. Takpelah, yang penting bukan saya tapi nak tunjuk nampak atas tu tak, yang tulis Taman Rekreasi Gunung Lang tu ?

Dekat situ ada tasik. Kena naik bot nak pergi ke seberang sanalah.

Tapi tak bernasib baik ah. Bot dia dua-dua rosak wuwuwuwu. Geram betul. Time kitorang datang, time tu lah kau nak rosak kan bot -_____-"


Jadinya bagi makan ikan dari jeti je. Ikan besar-besar macam dekat The Mines tu, takuit. Hehe.

Duduk dalam 5-10 minit terus gerak balik. Kesimpulannya, passport saya masih tak ada. Gilo. Weekend ni nak taknak kena pergi buat jugak, takde tidak-tidak !!

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...