Patutnya entry pertama 2012 lah duk hello 2012 kan. Ini tak, keluar entry makanan dulu baru teringat eh belum buat lagi entry azam 2012 lah :p Dasar apa ? Haa, jawab sendirilah..
2012. Hmm tak sangka sekejap sangat dah setahun pun. 3hb Januari tahun lepas saya baru masuk kerja kat syarikat sekarang ni. Dah genap setahun dah. Azam sebagai pekerja mestilah nak jadi lebih cemerlang, terbilang gitu. Haha walaupun takde anugerah kan tapi marilah kita berharap semoga ada bonus yang lebat, ehhhh :p Takmau asyik ada hari malas dan mengantuk je. Dan nak datang awal, dan juga balik on time ye. Ini tidak, terlambat punch in 2-3 minit je tapi balik lambatnya sampai sejam dua jam. No no, tahun ni akan cuba masuk sebelum pukul 8, balik tepat 5.40 :D Hehe weird office hour ? Memang gitu, memang ada 40 minit tu.
Azam lain-lain, macam biasalah tiap-tiap tahun pun begitu jugak. Nak berusaha jadi lebih baik, jadi anak yang solehah, isteri yang mithali, kakak yang baik (ini memang sejak azali dah jadi, hakhak). Apa lagi ye, pendek kata nak doakan semua yang baik-baiklah untuk tahun 2012 ni, aminnnn. Yang lebih detail tu kita simpan untuk diri sendiri ajelah.
Selain dari tu, nak tetapkan sebelum hujung tahun kena ada simpanan minimum sebanyak RM xx, xxx. Target biar ada, barulah boleh tetapkan jalannya kan. Erm, kereta tak payah tukar lah. Baru tukar je tahun lepas. Haha cakap feeling isteri jutawan pulak. Gurau je tu :p
Tahun ni kena kurangkan berbelanja yang bukan-bukanlah. Kena banyak menyimpan.
Dan, saya mulakan tahun baru saya ni dengan bercuti. Hehe tak sabarrrrr.
Selamat tahun baru korang !!
<--- Nang if you LIKE