Tuesday, November 22, 2011

Resepi Pucuk Manis Masak Lemak


Hari tu pergi pasar malam, terjumpa sayur ni. Suami kata pucuk manis, saya mana kenal jenis-jenis sayur berdaun ni.. So iyerkan aje :p

Dah kata kenal pun tidak, retilah pulak nak masak kan ? Jadi saya berguru dengan Nanonor ni. Dari cara nak potong sayur sampai ke cara nak masak. Hee

Pucuk Manis Masak Lemak

Bahan-bahan
1 cekak pucuk manis, asingkan daun dan tangkai
2 biji bawang merah *hiris
1 tangkai cili merah *hiris serong
300 ml santan cair
200 ml santan pekat
1 ekor ikan kembung 
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan kembung direbus kosong, diambil isinya dan kisar.
2. Masukkan isi ikan rebus yang dikisar ke dalam periuk bersama santan cair, bawang merah dan cili.
3. Masak dengan api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan pucuk manis.
4. Masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam.

Memang sedap. Thanks Mekna ajar aku masak cara gini. Hihihi. Biasa aku buat masak lemak kosong je. Tapi bila tambah isi ikan tu, fuhhhhhhhhhhhhh meletup !


<--- Nang if you LIKE

5 comments:

nanonano said...

ini yg buatkan aku nakg cari sayur ni gak nehhh. hahaha

nyna said...

alamak mcm syok je :D

pRincESs_N said...

msk lemak isi ikan? 1st time dgr..msti mcm laksam kan..menarikss..

♥z@z@♥ said...

Sedap..kat kelantan mmg ada sayur pucuk manis tanam belakang umah lg..mmg sedap wat masak lemak camnie..

YnaaOhYnaa said...

sedap nyaaaaaaaaaaa!! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...