Semalam, suami cakap nak tolong masak di dapur. Saya cakap OK. Suami gembira. Sebabnya saya ni pantang beramai-ramai di dapur yang sempit sebenarnya. Nanti saya rimas lalu takde mood nak masak. See, perangai buruk #1.
Lepas tu entah kenapa saya naik angin pulak. Haha. Sebab susah nak bergerak. Yelah, macam saya cakap dapur saya tu tak besar mana. Suami menghalang laluan saya, lalu saya berasa tak selesa. Bila tak selesa, mulalah muka nak masam. Pastu membebel-bebel ; perangai buruk #2. Ya Allah apa punya perangai ni.
Disebabkan saya membebel, suami terhiris jari beliau masa tengah potong bawang. Saya syak suami stress dengan suara saya bising. Kesian suami saya, happy-happy nak tolong isteri di dapur tapi isteri dia buat perangai macam ni pulak. Serius, saya taip entry ini dengan rasa bersalah :(
Bila saya dah moody semalam, terus tak ada mood nak memasak. Keluar dari dapur, menyendiri di dalam bilik sambil melayan twitter. Habis saya kena tazkirah dengan Lilred sebab perangai buruk ini. Haha thank you babe kerana reply yang membuatkan saya berfikir panjang selepas tu.
Bila dah sedar memang salah sendiri, pergi mintak ampun maaf dengan suami atas perangai buruk tadi. Lepas tu ajak suami masuk dapur, jom kita masak sekali jom olololor kuchi kuchi :p Tapi suami dah tak ada mood, haha. Kesian dia, yelah saya sendiri pun tak pernah terkena pisau di dapur setakat ni. Dia yang baru sekali dua nak menolong dah terkena kan. Mintak maaf ye sayang, ikhlas dari hati ni.
By the way, inilah masakan yang terhasil di sebalik drama di atas.
Suami request nak tolong masak sayur tu sebenarnya. Saya mula-mula bagi. Tapi bila asyik bertembung je ulang-alik di dapur, saya naik angin pulak. Crazy womannnn.
Moralnya, kalau suami nak menolong di dapur.. Bagikan aje. Sekurang-kurangnya dia nak menolong kan. Sampai bila kita larat nak uruskan hal rumah seorang diri. Saya patutnya bersyukur ada suami macam ni, yang ringan tulang.. Yang tak berkira nak menolong isterinya.. Betul, semua salah saya. Jangan join tazkirah sekali tau, sebab saya dah insaf :D
Sayang !! Thank you for everything. Saya janji selepas ni akan berubah perangai jadi lebih baik ye. Lepas ni, kita masuk dapur masak sama-sama ye ? :)
Oh, yang menambahkan lagi rasa bersalah saya kan.. Pagi tadi masa on the way ke ofis, bercakap telefon dengan En Suami.. Beliau bagitau saya,
Sayang tau tak, semalam kan masa kt ofis, abang rasa rindu sangat dengan sayang. Nak cepat-cepat balik rumah, nak tolong sayang masak boleh spend masa sama-sama.. #PDA
Sedih saya ! Rasa bersalah pun iye ! Mintak ampun mintak maaf ye abang !!
T_______________________________________________________T